Asklegal

Tender | Maintenance

Perbadanan Labuan - Upgrade & Infrastructure Recovery


 

 

1. Tender adalah dipelawa untuk kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi perolehan berikut:


TAJUK PROJEK DAN NO. TENDER

KERJA-KERJA MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI TAMAN BURUNG W.P. LABUAN

NO. TENDER:  PL.(T).03.2019(JPK)


KELAS KEPALA DAN SUB-KEPALA

 

 Berdaftar  dengan

 

Lembaga   Pembangunan  Industri  Pembinaan , Malaysia (CIDB)

 

Gred G3 Kategori CE Pengkhususan CE21

 

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)


TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN MULAI DIJUAL

 

Kaunter Bayaran,  Tingkat Bawah,  Blok B, Wisma Perbadanan Labuan

 

6.11.2019 sehingga 27.11.2019 (semasa waktu pejabat)


 

TEMPAT DAN TARIKH MELAPOR DIRI  BAGI LAWATAN TAPAK

 

6.11.2019 (9.30 pagi) 

 

Melapor diri  di Jabatan Pembangunan  dan sehingga Kejuruteraan,  Tingkat 7,  Menara  Perbadanan Labuan


HARGA  DOKUMEN DAN   BAYARAN  ATAS NAMA

 

RM 150.00 (Tunai/ Draf Bank/Wang Pos).  Perbadanan Labuan    (Tidak dikembalikan)


TARIKH TENDER   DITUTUP

 

28.11.2019 (Khamis)  Jam 12.00 Tengah hari

Peti Tender No. 1 Tingkat 2, Blok A, Wisma Perbadanan Labuan

 


 

2. Taklimat tender dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Dokumen tender tidak akan dijual kepada kontraktor yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak.

 

3. Hanya penama dalam SPKK dan CIDB sahaja yang boleh menghadiri taklimat / lawatan tapak tender. Kontraktor / Syarikat juga tidak dibenarkan mewakilkan pegawai lain selain daripada penama di dalam sijil. Oleh itu syarikat perlu membawa bersama sijil asal dan pengenalan diri semasa menghadiri taklimat / lawatan tapak. (Rujuk Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2/2013)

 

4. Masa Penjualan Dokumen:

Isnin - Khamis : (8.00 pagi - 1.00 petang)/(2.00 petang -4.00 petang) Jumaat :(8.00 pagi - 11.00 pagi) / (2.00 petang - 4.00 petang)

 

5. Dokumen Meja Tender boleh disemak di Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan semasa waktu pejabat. Bagi tujuan pembelian dokumen tender, Kontraktor dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran ASAL yang masih sah tempohnya. Salinan-salinan Perakuan dan / atau Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh Pejabat yang mengeluarkannya.

 

6. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan jelas di penjuru atas sebelah kiri No. Tender dan Tajuk Kerja dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat

 

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN LABUAN 

JABATAN KEWANGAN, BLOK A, TINGKAT 2

WISMA PERBADANAN LABUAN 87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN LABUAN DI ALAMAT: www.pl.gov.my