Asklegal

Tender | Construction

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor - Plantation & Construction Works Related


NOTIS TENDER TERBUKA Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang berkaitan serta berminat untuk menyertai tawaran tender seperti tajuk kerja yang berikut : 


 

BIL 1.

NO. SIRI TENDER

PKPS/UH/TDR/3-19

 


TAJUK KERJA

TAWARAN TENDER BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RESORT / CHALET & TAMAN BOTANI 

SECARA PAJAKAN TANAH DI PT 6743, HS(D) 44653, PT 9899  HS(D) 53497, MUKIM BATANG KALI DAERAH HULU SELANGOR SELUAS LEBIH KURANG 60.46 HEKTAR (150 EKAR) 


TARIKH, MASA &  TEMPAT TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK 

 

30 OKTOBER 2019 (RABU)  

Berkumpul jam 10.30 pagi  

 

Di Stesen Petronas  Pekan Batang Kali,  Hulu Selangor


 

BIL 2.

NO. SIRI TENDER

PKPS/UH/TDR/4-19


TAJUK KERJA

TAWARAN TENDER BAGI CADANGAN TANAMAN JANGKA PANJANG SECARA PAJAKAN TANAH DI LOT 10182, PN 41203, MUKIM BATANG KALI,  DAERAH HULU SELANGOR SELUAS 80.95 HEKTAR (200 EKAR)


TARIKH, MASA &  TEMPAT TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK 

 

30 OKTOBER 2019 (RABU) 

 

Berkumpul jam 2.30 petang 

 

Di Stesen Petronas Pekan Batang Kali, Hulu Selangor


NOTA & PERINGATAN : 

 

i. Pembelian Borang Tender RM100/-satu adalah secara tunai sahaja dan wang pembelian borang tersebut tidak akan dipulangkan dalam apa jua keadaan. 

 

ii. Setiap syarikat hanya layak membeli SATU (1) Dokumen Tender sahaja untuk setiap No. Siri Tender. 

 

iii. Borang Tender akan dijual mulai 30 OKTOBER 2019 (RABU) pada hari lawatan tapak dan pada waktu pejabat di Unit Hartanah PKPS, Tingkat 10, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,40675 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 

 

iv. Peserta WAJIB menghadiri taklimat & lawatan tapak pada 30 OKTOBER 2019 (RABU) seperti yang dijadualkan bagi menyertai Tender ini. 

 

v. Peserta yang tidak menghadiri lawatan tapak tidak dibenarkan membeli Borang Tender. 

 

vi. Borang Tender yang lengkap hendaklah DIMETERI dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Ibu Pejabat PKPS, Tingkat 10, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40675 Shah Alam, Selangor menggunakan sampul surat yang disediakan. 

 

vii. Bagi Borang Tender yang diserah melalui POS, disarankan penghantaran dibuat menggunakan Pos Akuan

Berdaftar dan perlu tiba ke Ibu Pejabat PKPS pada atau sebelum 13 NOVEMBER 2019 (RABU) JAM 12.00 TENGAHARI. 

 

viii. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 NOVEMBER 2019 (RABU) JAM 12.00 TENGAHARI). 

 

ix. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Nor Azura (Unit Hartanah PKPS) di talian :03-55192621/2/3