Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Putrajaya - Water Fountain Services


CADANGAN MENYIAPKAN, MENGUJI DAN MENTAULIAH AIR PANCUTAN DI TASIK PUTRAJAYA SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN UNTUK PERBADANAN PUTRAJAYA

(NO. TENDER : PPJ/T/JR/25/2019)


 

1. Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor/Syarikat Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas. 

 

2. Maklumat tender serta kelayakan asas Kontraktor adalah seperti berikut:

 


SYARAT MEMASUKI TENDER

 

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)

 

Gred: 5

 

Kategori: ME

 

Pengkhususan: M15 dan M20 Atau E04 dan E11

Berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) untuk taraf

Bumiputera

 


TARIKH & TEMPAT TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK

 

30 Oktober 2019 (Rabu)  10.00 pagi  

Bilik Mesyuarat Aras 3, Blok D, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya


TARIKH & TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL

 

30 Oktober 2019 (Rabu) Sehingga 13 November 2019 (Rabu)

 

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Aras 1, Blok C, Jabatan Kewangan, Kompleks

Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan

Putrajaya


HARGA DOKUMEN, BENTUK BAYARAN & BAYARAN ATAS NAMA 

 

Ringgit Malaysia RM300.00 (Tidak Dikembalikan) 

Tunai/Draf Bank Perbadanan Putrajaya .


TARIKH, WAKTU & TEMPAT TENDER DITUTUP

 

20 November 2019 (Rabu) 12.00 tengah hari 

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Aras 1, Blok C,

Jabatan Kewangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya


 

3.Kontraktor/Syarikat juga mesti memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut: - Mempunyai pengalaman dan pernah menyiapkan kerja-kerja serupa bernilai sekurang-kurangnya RM500,000.00 bagi satu (1) kontrak dalam tempoh 5 tahun terdahulu. 

4.Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat tersebut pada waktu pejabat. 

5.Taklimat tender yang disusuli lawatan tapak akan diadakan pada jam 10.00 pagi, 30 Oktober 2019 bersamaan hari Rabu di Bilik Mesyuarat, Aras 3, Blok D, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kehadiran PEMILIK SYARIKAT (SEBAGAIMANA NAMA DALAM SIJIL SSM/BORANG 9, 24 & 49) adalah DIWAJIBKAN (Sila bawa bersama Sijil Asal dan Cop Syarikat) dan Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada Kontraktor yang menghadiri taklimat tersebut. 

6.Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor/Syarikat yang sah sahaja di mana wakil-wakil Kontraktor/Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil Kontraktor/Syarikat juga hendaklah membawa dokumen-dokumen asal dan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera (BPKU). Salinan Sijil-sijil Pendaftaran BPKU boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah BPKU. 

7.Dokumen Tender ini akan ditutup pada 20 November 2019 bersamaan hari Rabu jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tender yang dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam sampul berlakri serta bertanda dengan tajuk projek, hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas. 

8.Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk Dokumen Tender tidak akan diterima. Bayaran Dokumen Tender tidak akan dikembalikan.


KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN PUTRAJAYA DI ALAMAT:

www.ppj.gov.my