Asklegal

Tender | Services

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) - Research Consult Service "The Effectiveness Of Visit Malaysia"


Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang Sosio Ekonomi 340103/340105/340107 untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut:-

 


BIL. 1 


 NO. TENDER/PERKARA

 

TM/TA/2019/010

 

PERKHIDMATAN  PERUNDING BAGI KAJIAN "THE EFFECTIVENESS OF VISIT MALAYSIA CAMPAIGN' SEMPENA  VM2020

 


 KOD BIDANG/PENDAFTARAN

 

 Berdaftar dengan salah satu Kod Bidang Sosio Ekonomi di bawah: 

 

 340103 - Kajian Ekonomi

 

340105 - Kajian Pemasaran Dan Penyelidikan

 

340107 - Kajian Pelancongan


TARIKH &  MASA TUTUP

 

18 November 2019 (Isnin) Jam 12.00 tengah hari


SYARAT UTAMA PELAWAAN 

1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan berdaftar di bawah kod bidang 340103/340105/ 340107  

2. Tempoh pendaftaran  dengan Kementerian Kewangan yang masih sah. 


Syarat-syarat, arahan dan maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan. Dokumen boleh diperolehi di Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), Tingkat 8, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya pada waktu pejabat mulai 29 Oktober 2019. 

Dokumen pelawaan boleh dibeli dengan harga RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) satu set (tidak dikembalikan). Bayaran melalui wang tunai/cek/kad kredit/debit tidak akan diterima. Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk Bank Draf/Kiriman Wang atas nama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. 

Syarikat yang ingin membeli dokumen tender dikehendaki mengemukakan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh pendaftaran untuk semakan berserta satu salinan sijil tersebut untuk simpanan LPPM. 

Tawaran tender yang berlakri mengandungi Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah sampai/dimasukkan ke dalam peti tender di alamat seperti di atas sebelum atau pada 18 November 2019 (Isnin) jam 12.00 tengah hari. Sila ambil maklum bahawa LPPM tidak terikat dengan tawaran tender terendah atau sebarang tender.