Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Kementerian Pertahanan Malaysia - Gear Box ZF For TLDM


MALAYSIA KENYATAAN TAWARAN : 27/2019

Tawaran tender adalah terbuka khas kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan menggunakan Sistem ePerolehan bagi menyertai tender berikut :


Bil. 


No Tender

KP/PERO/2B T154/2019/OE


 

Butir Tawaran

Pembekalan dan Penghantaran Alat Ganti, Perkhidmatan  Selenggaraan Kotak Gear Jenama ZF untuk TLDM


 

Kod Bidang Pendaftaran 

 110603 dan 220701


Harga Dokumen  Tawaran

RM 50.00


Tarikh Tender  Ditutup 

 14 November  2019  (Khamis) Jam 12.00 Tengah hari 


Syarat Khas Bil 1 

Dokumen Tender boleh diperolehi di Bahagian Perolehan Kaunter Kementerian Pertahanan, Aras 1, Bangunan TH-Selborn Lot 153, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur. Petender dikehendaki membawa bersama salinan SIJIL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN SATU SALINAN (FOTOSTAT) dalam kod bidang seperti di atas untuk tujuan pengesahan. Pembayaran hendaklah dibuat dalam Wang Pos Kiriman Wang (Money Order)/ Bank Draf. Berpalang atas nama 'Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan'. 

 

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan No. Tender beserta Butir Tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditetapkan di Aras 1, Menara TH-SELBORN, Lot 153, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, tarikh tutup tender. Sekiranya tarikh tutup tender jatuh pada Hari Kelepasan Am maka tender akan ditutup pada hari keesokannya jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. 

 

Waktu penjualan dokumen tender melalui kaunter adalah seperti berikut:


HARI.                             Isnin hingga Khamis                                Jumaat

MASA BERURUSAN.     8.30 pagi - 12.30 tengah          8.30 pagi - 12.00 tengah hari

                                       2.00 petang - 3.30 petang       2.45 petang - 3.30 petang


PENGUMUMAN 

Maklumat mengenai pengiklanan tender, jadual harga dan status perolehan akan dinyatakan dalam PORTAL Kementerian Pertahanan http://etender.mod.gov.my/

 


"Sebarang bentuk suapan, pemberian atau apa-apa dorongan yang bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 akan menyebabkan permohonan ditolak serta-merta."