Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services Tender | Government

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia - Climate Test Chamber For Formaldehyde And Voc Emission Measurement System


Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Malaysia (MOF) di bawah kod bidang yang dinyatakan yang masih berkuat kuasa dan dibenarkan membuat tawaran. Butir-butir tawaran adalah seperti berikut:-

 


NO.TENDER

MTIB/T/003/2019

 


TAJUK TENDER

TENDER BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, ATAU MENGUJI, MENTAULIAH DAN  MENYELENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PERALATAN PENGUJIAN 'CLIMATE TEST CHAMBER FOR FORMALDEHYDE AND VOC EMISSION MEASUREMENT SYSTEM' DI PUSAT BIOKOMPOSIT DAN GENTIAN (FIDEC 3) UNTUK LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)


KOD BIDANG

060501  ATAU 130101


 

HARGA  DOKUMEN

RM50.00


 

TARIKH TUTUP TENDER

20 NOVEMBER 2019 (RABU) (JAM 12.00 TENGAH HARI)


1. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat mulai 24 Oktober 2019 (Khamis) di Ibu Pejabat Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Tingkat 16, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu Cheras, 56100 Kuala Lumpur dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Draf Bank/ Kiriman Wang/Wang Pos di atas nama LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima. 

 

2.Syarikat-syarikat yang berminat di dalam pelawaan tender ini perlu mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran MoF yang masih sah tempohnya sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh tutup tender untuk semakan dan simpanan MTIB sebelum dibenarkan membeli Dokumen Tender tersebut. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan di alamat seperti di atas pada waktu pejabat seperti yang dinyatakan. 

 

 

3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul surat No. Tender dan Jenis Perkhidmatan dan Pembekalan berkaitan serta dimasukkan ke dalam Peti Tender beralamat:

 

KETUA PENGARAH 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

TINGKAT 16, MENARA PGRM, 

NO.8, JALAN PUDU ULU, CHERAS,

56100 KUALA LUMPUR.

 

4. Tarikh tutup tender tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 20 November 2019 (Rabu). 

 

5. Iklan tender ini juga boleh dirujuk di Portal Korporat MTIB di www.mtib.gov.my. 

 

6. MTIB tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tender terendah atau mana-mana tawaran tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.