Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - To Build Fire & Rescue Station


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :


 

Pejabat yang Memanggil Tawaran

JKR Kuala Terengganu


 

Tajuk Projek

Cadangan Projek Pembinaan Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Kuala Nerus, Terengganu.

 


Taraf / Jenis Syarikat*

T1 Bumiputera

 


Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas Kepala & Sub kepala

 

Gred : G5

Kategori : B

Pengkhususan: B04


Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Ibu Pejabat Jabatan Kerja. Raya Terengganu. 

Tingkat 10 Wisma Negeri Kuala Terengganu.

 

11.11.2019 Hingga 25.11.2019


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM 310.00

Pengarah JKR., Terengganu


Tempat, Tarikh & Waktu Tutup Tender

Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Terengganu Tingkat

10 Wisma Negeri Kuala  Terengganu

 

Pada : 02.12.2019

 

Jam : 12.00 tengah hari


 

Penender Adalah Diwajibkan Menghadiri Taklimat Tapak Pada: 11.11.2019 (Isnin) Jam 9.30 Pagi Bertempat Di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Jurutera Daerah, JKR, Kuala Terengganu.

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Pengarah JKR., Terengganu. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

 

* Jenis Syarikat Tempatan :

T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30%

dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia

yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.