Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - To Build A Community Hall


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-

 


Pejabat yang Memanggil Tawaran

JKR Kuala Terengganu


 

Tajuk Projek

Membina Dan Menyiapkan Sebuah Dewan Masyarakat Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu. (Menyiapkan Kerja - Kerja Terbengkalai)


Taraf/ Jenis Syarikat*

T1 Bumiputera


Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala

 

Gred : G4 dan ke atas

Kategori : B

Pengkhususan: B04

 

i. Mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap (Semenanjung Malaysia)


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

Ibu Pejabat Jabatan Kerja

Raya Terengganu. Tingkat 10 Wisma Negeri Kuala Terengganu.

07.11.2019 Hingga 21.11.2019


Harga Dokumen & Bayaran Atas  Nama

 

RM 165.00 Pengarah JKR., Terengganu


Tempat, Tarikh & Waktu Tutup Tender

 

Ibu Pejabat Jabatan Kerja

Raya Terengganu. Tingkat 10 Wisma Negeri Kuala Terengganu.

 

Pada : 02.12.2019   Jam : 12.00 tengah hari


Penender Adalah Diwajibkan Menghadiri Taklimat Dan Lawatan Tapak Pada: 07.11.2019 (Khamis) Jam 9.00 Pagi Bertempat Di Perkarangan Dewan Masyarakat Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu.


 

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Pengarah JKR., Terengganu. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

 

* Jenis Syarikat Tempatan : T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.