Asklegal

Tender | Services

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - Consultancy Services For Migration And Data Center Relocation


 

 

 

 

Tender adalah dipelawa secara terbuka bagi perkhidmatan seperti berikut:-


 

NO. RUJUKAN PELAWAAN

(Doc 2048368553)


KETERANGAN TENDER

Consultancy Services For Migration And Data Center Relocation to New HQ


KOD BIDANG

340601/3406021 340603 / 340604 / 340605 KKM - SSM, BORANG 24


TARIKH, MASA & TAKLIMAT TENDER

 

Tarikh 31 Oktober 2019 (Khamis)

 

Masa 11.00 Pagi

 

Lokasi Bilik 2, Tingkat 25, Bangunan KWSP

Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur


TARIKH BUKA

24.10.2019 (Khamis)


 TARIKH TUTUP

14.11.2019 (Khamis)


 

1. Tawaran Tender bersama maklumat lengkap pelawaan boleh diperoleh atas talian mulai 24.10.2019 (Khamis) sehingga 14.11.2019 (Khamis). Hanya pembekal yang berdaftar dengan sistem eProcurement KWSP (SAP Ariba - Ariba Network) boleh menyertai Tender ini. 

 

2. Bagi pembekal yang belum berdaftar dengan sistem eProcurement KWSP, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan pendaftaran seperti berikut: http://epf.supplier.ariba.com/ad/selfRegistration. Tuan/puan boleh menghubungi KWSP melalui emel procurement@epf.gov.my atau hubungi talian 03-26162005 untuk sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran. 

 

3. Pembekal hendaklah mempunyai Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Borang 24 yang masih sah tempohnya semasa membuat pendaftaran secara online untuk Tender ini. Pelawaan Tender tidak akan ditawarkan sekiranya pembekal gagal mengemukakan dokumen lengkap dan terkini sewaktu membuat pendaftaran. 

 

4. Modal berbayar pembekal bagi tender ini mestilah tidak kurang daripada RM200,000.00 

 

5. Tawaran dan dokumen perolehan yang telah lengkap dikunci masuk dan dilampirkan hendaklah dihantar melalui sistem eProcurement KWSP tidak lewat dari jam 12:00 tengah hari pada 14.11.2019 (Khamis). 

 

6. KWSP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran Tender yang terendah dan tidak akan bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan Tender dan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan Tender ini.