Asklegal

Tender | Delivery Tender | Services

Dewan Bahasa dan Pustaka - Textbook Transportation and Shipping Service Contract


Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKew) dalam kod bidang 221709 - Multimodal Transport Operator (MTO) yang masih sah dan berkuat kuasa serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini dipelawa untuk menyertai tender yang berikut:


No. Tender

DBP/07/2019


Tajuk Tender

Kontrak Perkhidmatan Pengangkutan dan Penghantaran Buku Teks Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ke Sabah dan Sarawak Melalui Kargo Udara.


Kod Bidang Pendaftaran

221709


Tarikh, Masa dan Tempat Taklimat 

 

Tarikh : 25 Oktober 2019 (Jumaat)

 

Masa : 9.30 pagi 

 

Tempat : Stor Teater, Wisma Dewan Bahasa  Jalan Dewan Bahasa 50460 Kuala Lumpur.

 

Kehadiran DIWAJIBKAN. 

Ketidakhadiran ke sesi taklimat adalah dianggap sebagai tidak berminat untuk menyertai tender ini.


 

Dokumen Tender boleh diperoleh selepas sesi taklimat diadakan, dalam waktu pejabat mulai 25 Oktober 2019 di Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur dengan harga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ringgit Sahaja) senaskhah, dan hendaklah dibayar dalam bentuk wang tunai. Syarikat perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh pendaftaran, dan menyerahkan satu salinan sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tender. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:

 

Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Aras 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

 

Tarikh dan masa tutup tender tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari pada 14 November 2019 (Khamis). Serahan Dokumen Tender yang lewat dari tarikh dan masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.