Asklegal

Tender | Supply

Bank Simpanan Nasional - Uniform Supply Works


Tender adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:


 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

CADANGAN KERJA-KERJA MEMBEKAL UNIFORM BAGI KEPERLUAN BANK SIMPANAN NASIONAL UNTUK TAHUN 2020


 

HARGA DOKUMEN

RM 1,000.00 (Tidak akan dikembalikan)


 

TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL

 

Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Wisma BSN, 117 Jalan Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

 

Mulai Rabu, 23 Oktober 2019 hingga Selasa, 12 November 2019 pada waktu pejabat


 

SYARAT PENDAFTARAN

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang: 020801/020802 / 020899


TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT

Rabu, 23 Oktober 2019|Jam 3.00 Petang Bilik Mesyuarat Bakawali, Tingkat 4, Blok A, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 

Kehadiran adalah DIWAJIBKAN


TARIKH TENDER DITUTUP

Selasa, 12 November 2019 pada jam 12.00 tengah hari 

Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan


 

Naskah meja tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 23 Oktober 2019. Bayaran dokumen tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank di atas nama Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional atau bayaran secara tunai (bayaran ini tidak akan dikembalikan). Syarikat dikehendaki membawa sijil asal pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan satu sijil salinan bagi sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. Dokumen tawaran tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan dimasukkan ke dalam Peti-Tender di alamat:

 

 

Peti Tender (B), Bahagian Perolehan 

Tingkat 14, Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.