Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Kementerian Pertahanan Malaysia - Various Services


MALAYSIA KENYATAAN TAWARAN : 26/2019

Bil.

Tawaran tender adalah terbuka khas kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan menggunakan Sistem ePerolehan bagi menyertai tender berikut : 


Bil 1.

No Tender 

KP/PERO2E  T152/2019/


Butir Tawaran

embekalan dan Penghantaran Alat Ganti, Perkhidmatan Selenggaraan dan Latihan bagi Jentera Utama dan Komponen Electronic Monitoring System Jenama MTU untuk TLDM


Kod Bidang  Pendaftaran

110603 dan  220710 dan 221110


Harga Dokumen Tawaran

RM 200.00


Tarikh Tender   Ditutup

12 November 2019  (Selasa)  Jam 12.00  tengahari


 

Syarat Khas Bil 1

Tengah hari Petender diwajibkan menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak sebelum mengemukakan apa-apa tawaran. Hanya Pemilik Syarikat atau Penama yang tercatat dalam Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan dan berstatus warganegara Malaysia sahaja dibenarkan hadir. Sila bawa bersama salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan berserta salinan kod bidang yang berkaitan, Cop Syarikat dan Kad Pengenalan semasa menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

 

1. Tarikh : 21 Oktober 2019 (Isnin) Masa : 9.30 pagi hingga selesai

Tempat : Bilik Mesyuarat Markas Logistik Barat Pangkalan TLDM, 32100 Lumut, Perak 

 

Urusan pembelian dokumen tender hanya boleh dibuat mulai 24 Oktober 2019 dengan membawa bersama sijil kehadiran taklimat dan Sijil Akuan Pendaftaraan Kementerian Pertahanan Malaysia. 

 

Dokumen Tender boleh diperolehi di Bahagian Perolehan Kaunter Kementerian Pertahanan, Aras 1, Bangunan TH-Selborn Lot 153, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur. Petender dikehendaki membawa bersama salinan SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN BERSAMA KOD BIDANG (LAMPIRAN A) dan salinan SIJIL LAWATAN TAPAK untuk tujuan pengesahan. Pembayaran hendaklah dibuat dalam Wang Pos! Kiriman Wang (Money Order) Bank Draf Berpalang atas nama 'Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan'. 

 

 

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan No. Tender beserta Butir Tawaran dan dimasukkan ke dalam peti Tender yang ditetapkan di Aras 1, Menara TH-SELBORN, Lot 153, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, tarikh tutup tender. Sekiranya tarikh tutup tender jatuh pada Hari Kelepasan Am maka tender akan ditutup pada hari keesokannya jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. 

 

Waktu penjualan dokumen tender melalui kaunter adalah seperti berikut:


HARI.                                      Isnin hingga Khamis                                  Jumaat   

MASA BERURUSAN       8.30 - 12.30 tengah hari              8.30 pagi - 12.00 tengah hari

                                              2.00 petang - 3.30 petang                    2.45 petang - 3.30 petang


PENGUMUMAN 

Maklumat mengenai pengiklanan tender, jadual harga dan status perolehan akan dinyatakan dalam PORTAL

Kementerian Pertahanan http://etender.mod.gov.my/


“Sebarang bentuk suapan, pemberian atau apa-apa dorongan yang bertentangan dengan Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah 2009 akan menyebabkan permohonan ditolak serta-merta."