Asklegal

Tender | Services

Unisza - Landscape Related Services


 

1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang Bekalan/Perkhidmatan di bawah Sub-Kepala 221002 (Membersih Kawasan), 221003 (Mengangkat Sampah), dan 222102 (Hortikultur/Penyelenggaraan Landskap) @ 222104 (Pertanian/Tanaman) yang masih sah dan berkuatkuasa.


 

NOMBOR DAN BUTIRAN TAWARAN

i. PEMB(LT/10/2019

CADANGAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN KAWASAN DAN LANDSKAP DI ZON B, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, KAMPUS GONG BADAK,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU

 

Kod bidang :221002, 221003 & 222102 @ 222104


 

TARIKH, MASA TAKLIMAT DAN TEMPAT  LAWATAN TAPAK 

 

21 OKTOBER 2019 (ISNIN) / 10.00 PAGI  

 

Tempat Letak Kereta Tasik UniSZA,  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus Terengganu Darul Iman


2. Naskah Meja Tender boleh disemak mulai 21 OKTOBER 2019 (ISNIN) di Pusat Pengurusan Harta Benda (PPHB), Kampus Gong Badak. 

 

3. Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan hanya kontraktor ataupun wakil-wakil kontraktor yang membawa surat wakil kuasa dari pegawai yang ditauliahkan seperti dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan / Sijil Virtual yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan serta masa berkuatkuasa dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa yang menghadiri lawatan tapak sahaja akan dibenarkan membeli Dokumen Tender. Naskah Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor atau wakil yang sah dengan membawa Sijil Pendaftaran Asal. Sila sertakan satu salinan fotostat bagi setiap salinan sewaktu membeli Dokumen Tender. 

 

4. Jualan akan dibuat mulai 22 OKTOBER 2019 (SELASA). Bayaran pembelian dokumen melalui mesin card terminal' menggunakan kad debit/kredit yang boleh dibuat secara terus di Kaunter Pusat Pengurusan Harta Benda (PPHB) Kampus Gong Badak. Pembayaran melalui 'Internet Banking' hendaklah dibuat ke akaun Bendahari UniSZA (BIMB nombor akaun 13017010082394 dengan catatan no. tender). Slip pembayaran perlu dikemukakan kepada Kaunter PPHB bagi mendapatkan resit rasmi universiti dan dokumen tender. Wang ini tidak akan dikembalikan. Harga bagi setiap satu tender adalah RM150.00 sahaja.

 

5. Tender ini akan ditutup pada 13 NOVEMBER 2019 (RABU). Tawaran Teknikal dan Tawaran Kewangan hendaklah disediakan dalam sampul yang berasingan dan berlakri. Setiap satu sampul hendaklah dilabelkan "Tawaran Teknikal" dan "Tawaran Kewangan" di sebelah kiri sampul. Kedua-dua sampul hendaklah dimasukkan ke dalam sampul besar serta mencatatkan TAJUK dan NO. TENDER di bahagian atas sebelah kiri sampul. Tawaran Tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di PEJABAT BENDAHARI selewat-lewatnya pada tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari.TENDER YANG LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 

6. Universiti tidak terikat untuk menerima tawaran ataupun mana-mana tawaran. 

 

7. Kontraktor yang berjaya tetapi enggan menjalankan kerja-kerja ini selepas tawaran dibuat atau menarik balik tawaran tersebut sebelum tempoh sahlaku tender tamat akan diambil tindakan ke atas pendaftarannya dan juga akan menanggung segala kos perbezaan.

 

 

Waktu Jualan : 

Ahad - Rabu : 8.30 pagi - 12.45 t/hari, 2.30 petang - 4.15 petang 

Khamis : 8.30 pagi - 12.45 t/hari, 2.30 petang - 4.00 petang