Asklegal

Tender | Property

Rodgers Reidy & Co. - Property For Sale, Kemaman, Terengganu.


Tawaran adalah dipelawa untuk pembelian Tanah dan Bangunan dengan - Loji dan Jentera ("Aset-Aset yang Dicagarkan") kepunyaan Syarikat yang beroperasi dalam proses pembuatan keluli melalui asas dalam keadaan sedia ada' yang terletak di sekitar kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu. Butiran ringkas mengenai Aset-Aset yang Dicagarkan yang ditawarkan untuk jualan adalah seperti berikut:

 


 

A. Tanah dan Bangunan 

 

Butir-butir -: Empat (4) lot tanah perusahaan berturutan/bersambung yang mempunyai Bangunan Pentadbiran & Pejabat, Bangunan Gudang & Kilang

dan Bangunan Sampingan & Kemudahan yang lain 

 

Pegangan : Pajakan 60 tahun (tamat antara tahun 2043 dan 2051) 

Keluasan Tanah : Kira-kira 372.755 ekar (bersamaan dengan 150.8485 hektar) 

Kegunaan Tanah : Perusahaan 

Bebanan : Dicagarkan kepada lima (5) Institusi kewangan 

 

 

B. Loji dan Jentera

Loji-loji yang digunakan dalam proses pembuatan keluli yang mengandungi mesin-mesin dan peralatan, jentera mudah alih dalam loji-loji dan kenderaan-kenderaan lain. 

 

Memorandum Maklumat yang mengandungi butiran berkenaan dengan Aset-Aset yang Dicagarkan di atas serta terma-terma dan syarat-syarat jualan boleh didapati pada harga RM200 senaskah. 

 

Semua tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat bermetri serta ditandai "TENDER/PSSB/15/11/19" di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:

 

Penerima dan Pengurus 

d/a Tetuan Rodgers Reidy & Co. (AF:001974)

K-3A-09, No. 2 Jalan Solaris

Solaris Mont Kiara 

50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-6204 0928 / Faks: 03-6204 0428 

 

 

Perintah Juruwang/Bank Deraf sebanyak 5% daripada harga tawaran hendaklah diserahkan bersama tawaran sebagai wang pendahuluan yang tidak akan dipulangkan (forfeitable earnest money) dan hanya akan dipulangkan jika tawaran tersebut tidak berjaya. Semua tawaran hendaklah dihantar ke pejabat kami sebelum jam 5.00 petang pada 15 November 2019. 

 

Untuk maklumat lanjut dan urusan temujanji untuk lawatan, sila hubungi 018-388 8818 atau e-mel: 

 

• Encik Lim Tian Huat (tianhuatlim@rodgersreidy.com.my) 

• Encik Lim Yu Shen (yushenlim@rodgersreidy.com.my) 

• Encik Muhammad Munir (munirmasri@rodgersreidy.com.my) 

 

 

Pihak Penerima dan Pengurus tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau sebarang tawaran.