Asklegal

Tender | Property

Tetuan Rodgers Reidy & Co. - Aset For Sale ,Sandakan Sabah


Tawaran adalah dipelawa untuk pembelian Hartanah & Bangunan, Loji & Mesin dan Kenderaan (kolektifnya dikenali sebagai "Aset") untuk dua (2) Syarikat yang terlibat dalam operasi kilang janakuasa biojisim bagi penjanaan dan penjualan tenaga elektrik melalui asas "dalam keadaan sedia ada' yang terletak di sekitar kawasan Sandakan, Sabah: 

 

Memorandum Maklumat yang mengandungi butiran berkenaan dengan Aset di atas serta terma-terma dan syarat-syarat jualan boleh didapati pada harga RM200 senaskah bagi setiap Syarikat. 

 

Semua tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat bermetri serta ditandai "TENDER/SBSB&KBSB/15/11/19" di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:

 

Penerima dan Pengurus 

d/a Tetuan Rodgers Reidy & Co. (AF:001974)

K-3A-09, No. 2 Jalan Solaris

Solaris Mont' Kiara

50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-6204 0928 / Faks: 03-6204 0428 

 

 

Perintah Juruwang/Bank Draf sebanyak 5% daripada harga tawaran hendaklah diserahkan bersama-sama tawaran sebagai wang pendahuluan yang tidak akan dipulangkan (forfeitable earnest money) dan hanya akan dipulangkan jika tawaran tersebut tidak berjaya. Semua tawaran hendaklah dihantar ke pejabat kami sebelum jam 5.00 petang pada 15 November 2019. 

 

Untuk maklumat lanjut dan urusan temujanji untuk lawatan, sila hubungi 018-388 8818 atau e-mel: 

 

Encik Lim Tian Huat (tianhuatlim@rodgersreidy.com.my) 

Encik Lim Yu Shen (yushenlim@rodgersreidy.com.my) 

Encik Muhammad Munir (munirmasri@rodgersreidy.com.my) 

 

Pihak Penerima dan Pengurus tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau sebarang tawaran.