Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Sepang - Recommendations Of The Work For Registering Landskap


1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Sijil Arborist dan Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap bagi kerja-kerja berikut:


BIL 1.


NO. TENDER

MPSepang (LAND) 40010/12/33

 


TAJUK KERJA

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF LANDSKAP DI MEDIAN JALAN PROTOKOL DARI FT 32 HINGGA B48, BANDAR BARU SALAK TINGGI UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2019

 


 

BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG

CIDB, SPKK G5 CE14 ATAU BO9, UPEN, ARBORIST DAN Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap

 


HARGA DOKUMEN

RM150.00


 

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen Tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 14hb Oktober 2019 hingga 11hb November 2019 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskhah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor yang membawa sijil asal dan surat wakil (sekiranya bukan penama di dalam lesen) semasa pembelian Dokumen Tender. Dokumen yang perlu dibawa adalah Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Sijil Arborist dan Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama 'Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang'. 

 

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal). Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri di tempat, tarikh dan masa seperti tersebut:

 

Tarikh : 21hb Oktober 2019. (Isnin) 

Masa : 10.00 Pagi

Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang 

 

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 11hb November 2019. 

 

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.