Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat - ICT , Courseware, Upgrade Cert to Diploma Programme


 

1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:


CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH PEROLEHAN PERKAKASAN, PERISIAN, RANGKAIAN ICT, ALATAN DAN MODUL PEMBELAJARAN (COURSEWARE) BAGI MENAIKTARAF PROGRAM SIJIL KE PERINGKAT DIPLOMA KOMPETENSI SISTEM RANGKAIAN (CCNA-CCNP) DI IKM BESUT, IKM SIK DAN IKM LUMUT


 

NO. TENDER

59/2019


 

KOD BIDANG

210101, 210102, 210103, 210105 dan 210107

 


 

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

11/10/2019 Hingga 21/10/2019


TARIKH, MASA & TEMPAT LAWATAN TAPAK & TAKLIMAT TENDER

 

1. LAWATAN TAPAK & TAKLIMAT

TENDER 22/10/2019 10.30 pagi

 

INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESUT, Jin Batu Tumbuh, Alor Lintang, 22200 Besut, Terengganu


2. LAWATAN TAPAK

23/10/2019

11.00 pagi 

 

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK,

Jln Sek Agama Sik, 08200 Sik, Kedah


 

3. LAWATAN TAPAK

24/10/2019 11.00 pagi

 

INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT, 

Jln Kampung Dato Seri Kamarudin, 32040 Seri Manjung, Perak


HARGA SENASKHAH DOKUMEN

RM60.00


TARIKH TUTUP TENDER

14/11/2019 (sebelum 12.00 tengah hari)


 

 

2. Pembekal-pembekal Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen. 

 

i) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Satu (1) salinan-sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa . membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak. 

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara DRAF BANK / WANG POS atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini. 

 

5. Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri lawatan tapak & taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.

 

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal

 

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

 

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah:

 

PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN TINGKAT 2 (Kaunter Tender) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,

21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR

 

Pada atau sebelum 12.00 tengah hari 

 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat

ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my