Asklegal

Tender | Installation Tender | Services Tender | Design

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri - Various ICT Needs For MB New Building


Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) yang tempoh sah laku sehingga 90 hari dari tarikh tutup Tender serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk Tender berikut :


 

BIL. 1


 

NO.TENDER

MBIP/RP/3/2019


 

TAJUK PROJEK

KAJIAN, MEREKA BENTUK DAN MENYELIA PEMASANGAN RANGKAIAN, PUSAT DATA, MIGRASI SERVER, DATA & SISTEM DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN ICT BAGI BANGUNAN PEJABAT BAHARU MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI


GRED


KATEGORI

KKM


 

PENGKHUSUSAN

340603


HARGA (RM)

50.00


2. Dokumen Meja Tender akan dipamerkan mulai 09 Oktober 2019 hingga 29 Oktober 2019 semasa waktu pejabat di Kaunter Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran Am, Bangunan Kabin, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai, Johor. 

 

3. Dokumen Tender boleh diperolehi mulai 09 Oktober 2019 hingga 29 Oktober 2019 di Kaunter Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran Am, Bangunan Kabin MBIP, dengan mengemukakan bayaran. Bayaran dokumentasi hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau kiriman wang pos (money order) atau wang kiriman pos berpalang (postal order) dan dibayar atas nama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Wang tunai atau cek tidak diterima. 

 

4. Dokumen sebut harga akan hanya dikeluarkan kepada kontraktor/pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini kontraktor/pembekal hendaklah membawa dokumen asai Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). 

 

5. Kontraktor/pembekal dikehendaki menyediakan satu salinan Surat Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) semasa membuat pembelian dokumen tender.

 

6. Setiap tawaran tender hendaklah dikemukakan dalam DUA (2) sampul surat berlakri (sealed).

  • Sampul surat PERTAMA - CADANGAN KEWANGAN
  • Sampul surat KEDUA - CADANGAN TEKNIKAL

 

7. Pada sampul surat PERTAMA perlu ditandakan di sudut kiri sebelah atas dengan perkataan CADANGAN KEWANGAN manakala pada sampul surat KEDUA perlu ditandakan di sudut kiri sebelah atas dengan perkataan CADANGAN TEKNIKAL. 

 

8.Dokumen-dokumen lain yang tiada kaitan dengan CADANGAN TEKNIKAL bolehlah dihantar bersama dengan CADANGAN KEWANGAN. 

 

9. Kedua-dua sampul tersebut (PERTAMA dan KEDUA) kemudiannya hendaklah dimasukkan ke dalam SATU(1) sampul surat berlakri (sealed) serta dimasukkan ke dalam peti tawaran di Unit Perolehan, Bangunan Kabin, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai sebelum atau pada tarikh 29 Oktober 2019 jam 12.00 tengah hari.

(DATO' HAJI ADIB AZHARI BIN DAUD) 

Datuk Bandar, 

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.