Asklegal

Tender | Supply Tender | Maintenance Tender | Services

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara - Cleaning Services In & Out of the Building


LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA, MALAYSIA 

National Population and Family Development Board, Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat


 

KENYATAAN TENDER TERBUKA 

Tawaran adalah dipelawa kepada petender berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk membekal seperti butir-butir berikut : 


Nombor Tender

Perkh/LPPKN  7/2019


Perkara

Perkhidmatan Mencuci, Membersih Dalam Dan Luar Bangunan, Membekal Tisu Serta Sabun Di Bangunan Ibupejabat LPPKN, Jalan Raja Laut; Kuala Lumpur Bagi  Tempoh 2 Tahun (Tawaran Semula)


Kod Bidang

020402  atau/dan  221001 dan 221002 dan bertaraf Bumiputera


Tarikh Buka Tawaran

 14 Oktober 2019 (Isnin)


 

Tarikh Tutup Tawaran

4 November 2019  (Isnin)


 

  • Taklimat berkaitan tender akan diadakan pada 14 Oktober 2019 (Isnin) Jam 10.00 pagi bertempat di Auditorium Tingkat 13, Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
  • Kehadiran tuan/puan atau wakil ke Taklimat adalah DIWAJIBKAN. 

 


 

1. Dokumen Tender boleh diperolehi pada waktu pejabat mulai 14 Oktober 2019 (Isnin) sehingga 29 Oktober 2019 (Selasa) di Unit Perolehan, Tingkat 18, Bangunan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia, No. 12B,Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

 

2. Tender yang lewat dihantar tidak akan diterima / dilayan. Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Negara (LPPKN) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada tender yang dihantar. 

 

3. Petender diwajibkan membawa salinan sijil-sijil berkaitan semasa mendapatkan dokumen tender. Sijil-sijil berkenaan mestilah masih sah laku tempohnya.

 

4. Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat dalam dokumen tender. 

 

5. Dokumen pelawaan dijual dengan kadar senaskah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) dan wang tidak akan dikembalikan, Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk BANK DRAF, WANG POS ATAU KIRIMAN WANG sahaja atas nama LPPKN - Collection. 

 

6. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk serta nombor Tender di sudut atas kiri. Tawaran Tender hendaklah di hantar dan dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah sebelum atau pada 4 November 2019 (Isnin) selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari:-

 

KETUA PENGARAH 

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA 

BANGUNAN LPPKN, NO. 12B, JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR (u.p: Unit Perolehan)