Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Unisza - Services For Additional Wireless Facilities


Tawaran tender adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 210101 hingga 210109 yang berkaitan serta masih lagi berkuatkuasa bagi tawaran seperti berikut:

 


NOMBOR SEBUT HARGA DAN TAJUK

 

UniSZA.B/2/KP6/804 Jld.8 (2019-05)

 

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI, MENGUJI DAN MENTAULIAH  PENAMBAHAN FASILITI LIPUTAN WIRELESS DI BANGUNAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK SERTA KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR,  UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA), KAMPUS BESUT, BESUT, TERENGGANU. 

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai sebut harga berkenaan bolehlah merujuk kepada Cik Nurul Azurin binti Abdul Wahad di talian 09-668 8818 atau Encik Wan Mohd Hasbullah bin Wan Abdul Rahman di talian 09-668 8886 dan faksimili 09-668 7864, Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian  (PPIR).


 

TARIKH, MASA TAKLIMAT & TEMPAT LAWATAN TAPAK

 

10 Oktober 2019 (Khamis) 10.00 Pagi 

 

 

Taklimat: 

 Bilik Mesyuarat Utama,  Fakulti Informatik &   Komputeran, Aras 1, Blok D2, Universiti Sultan Zainal  Abidin Kampus Besut  22200 Besut

 

 

(SESI TAKLIMAT DIWAJIBKAN HADIR) 

 

 Sila bawa bersama Cop Syarikat bagi  pengesahan kehadiran


 

HARGA DOKUMEN &  TARIKH JUAL 

 

RM150.00  (Tidak Akan Dikembalikan) 

 

 

Buka : 

10 Oktober 2019  (Khamis)

 

Beli: 

10 Oktober 2019 (Khamis) Selepas Sesi Taklimat 

 

Tutup : 13 November 2019 (Rabu)   12.00 Tengah hari  


 

2. Dokumen tender boleh dibeli mulai 10 Oktober 2019 (Khamis) diperolehi pada waktu pejabat sepertimana di atas dengan menunjukkan sijil-sijil berkaitan serta SIJIL BERTARAF BUMIPUTERA (Jika Ada). Satu salinan (fotostat) sijil-sijil berkenaan hendaklah diserahkan semasa mendapatkan dokumen tender. 

 

 

3. Bayaran pembelian dokumen melalui mesin 'card terminal menggunakan kad debit/ kredit yang boleh dibuat secara terus di kaunter Pejabat Bendahari, Kampus Gong Badak. Pembayaran melalui Internet Banking' hendaklah dibuat ke akaun Bendahari UniSZA (BIMB nombor akaun 13017010082394 dengan catatan no. tender).Slip pembayaran perlu dikemukakan semasa membeli dokumen tender. Sila bawa bersama Cop Syarikat.

 

4.Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan TAJUK dan NO. TENDER di bahagian atas sebelah kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti yang telah ditetapkan iaitu Peti Tender, Pejabat Bendahari, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, 13 November 2019 (Rabu). Tawaran tender yang lewat diterima dari waktu ini tidak akan dipertimbangkan.