Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Landskap Negara - Recommendations for Completion of Remaining Works for Public Park Development


Tender adalah dipelawa kepada kontraktor - kontraktor penyiap yang telah diberikan Sijil Kontraktor Penyiap oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Berdaftar di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) / PUKONSA/UPKI dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:


 

PEJABAT YANG MEMANGGIL TENDER

Jabatan Landskap Negara ,Tingkat 7, Plaza Permata (IGB),  Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak 50400 KUALA LUMPUR


TAJUK PROJEK

 

No. Tender:  JLN/T/04/2019 

 

Cadangan Menyiapkan Kerja-kerja  Tertinggal Bagi Pembangunan Taman Awam ,Bentong,Pahang


TARAF/ JENIS SYARIKAT 

 

Terbuka *T1


GRED, KATEGORI & PENGKHUSUSAN/ KELAS

 

Mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap dari Kementerian Kerja Raya (KKR) dan 

i. Berdaftar dengan CIDB Gred G4 atau G5 Kategori B04 Kerja-Kerja Pembinaan  Bangunan, CE14 Landskap di luar Bangunan dan CE21 Pembinaan Kejuruteraan Awam 

 

ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Atau 

 

UPKJ 

Kelas B atau A, kepala I Sub Kepala 1, Kepala Il Sub kepala 2, dan Kepala  VI Sub Kepala 5 (a) 

 

Atau 

 

PUKONSA Kelas Catau B, Tajuk I Tajuk Kecil 1, Tajuk II Tajuk Kecil 2(a) dan Tajuk VI Tajuk Kecil 6 (a)

 

DAN

Mempunyai pengalaman dalam Pembinaan Kerja Landskap

 *Sila bawa salinan sijil & cop syarikat


 

TEMPAT DAN TARIKH  DOKUMEN MULA DIJUAL

 

Jabatan  Landskap Negara

Tingkat 15, Plaza Permata -IGB,

Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak 50400  Kuala Lumpur

Tarikh Dokumen Dijual:   9 Okt 2019 (Rabu) Hingga   23 Okt 2019


 HARGA DOKUMEN DAN BAYARAN ATAS

RM 720.00 (Tidak akan dikembalikan) 

Akauntan Negara Malaysia-KW-T 


 

TEMPAT, TARIKH  DAN   MASA TENDER DITUTUP 

 

Jabatan  Landskap Negara,

Tingkat 15, Plaza Permata -IGB,

Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak 50400  Kuala Lumpur

 

 Tarikh Tutup Tender:  31 Okt 2019  (Khamis)     Waktu: 12.00 tengah  hari


 

TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN

Tempat Dan Tarikh Melapor Diri Bagi Lawatan Tapak: 

8 Oktober 2019 (Selasa) jam 10:00 pagi di Bilik Mesyuarat, Majlis Perbandaran Bentong, Pahang

 


PERINGATAN:

Tender ini mensyaratkan bahawa hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil UPKJ, PUKONSA atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap dari Kementerian Kerja Raya (KKR) yang boleh menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak wakil adalah TIDAK dibenarkan. Sila bawa bersama SUIL ASAL dan Salinan Pendaftaran PKK, SPKK, UPKU, PUKONSA, Sijil Kontraktor Penyiap dan Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan (jika berkaitan) semasa taklimat dan lawatan tapak. Tarikh laku sijil-sijil tersebut hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya tiga (3) bulan semasa tarikh tutup tender, Dokumen tender tidak akan dijual kepada mereka yang gagal mengemukakan sijil-sijil tersebut dan tidak menghadiri taklimat/lawatan tapak yang telah ditetapkan. 

 

Petender TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai taklimat tender dan seterusnya menyertai tender ini sekiranya petender didapati tidak mempunyai kesemua pendaftaran kod bidang yang telah ditetapkan semasa taklimat tapak diadakan. Mana-mana petender yang mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan" atau surat kebenaran Khas Menyertai Tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB adalah TIDAK DITERIMA

 

SILA BAWA COP BERALAMAT UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN PENDAFTARAN SEMASA TAKLIMAT TAPAK DIJALANKAN. 


 

1. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank, kiriman wang atau wang pos atas nama Akauntan Negara Malaysia-KW-T. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima. 

2. Dokumen tender yang telah lengkap diisi mestilah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditandakan dengan Tajuk dan Nombor Tender di atas sampul surat. Dokumen ini hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Jabatan Landskap Negara, Tingkat 15, Plaza Permata IGB, Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak, 50400 KUALA LUMPUR pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari, 31 Oktober 2019 (Khamis) bagi Tender No. JENT/04/2019 dan Kementerian Wilayah Persekutuan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dikemukakan melalui pos. Kementerian Wilayah Persekutuan juga tidak terikat untuk menerima tawaran rendah atau mana-mana tawaran. 

 

3. Iklan di atas juga boleh diakses dengan melayari laman web rasmi Jabatan Landskap Negara di alamat www.jln.gov.my dan web rasmi Kementerian Wilayah

Persekutuan di alamat www.kwp.gov.my dan web myprocurement di alamat www.myprocurement.treasury.gov.my. 

 

4. *Jenis Pendaftaran:

 

T1 - Syarikat 100% milik warganegara. 

 

A1 - Syarikat 100% milik warganegara ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu syarikat-syarikat yang ditubuhkan dan

diperbadankan di Malaysia dan warganegara dengan syarat pegangan saham individu yang tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, pengurusan

dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara. 

 

A2 - Syarikat 100% milik warganegara ATAŬ syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia ATAU syarikat usaha sama yang diperbadankan di

Malaysia (tidak kira sama ada disenaraikan di Bursa Malaysia atau tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.