Asklegal

Tender | Vehicle Tender | Services

RISDA - Purchase 1 Unit Of Bas Official Vehicle


Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 110105 - Bas untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan bekalan dan perkhidmatan seperti berikut:


 

NO. TENDER

7.0 - 08/2019


 

TAJUK BEKALAN

PEROLEHAN KENDERAAN RASMI JABATAN (KRJ) RISDA BAGI PEMBELIAN SATU (1) UNIT BAS PANJANG (BERPRESTASI  TINGGI) BERHAWA DINGIN UNTUK KEGUNAAN IBU PEJABAT RISDA


TARIKH/PEJABAT UNTUK  MEMBELI TENDER

 

2-10-2019 (Rabu) sehingga  23-10-2019. (Rabu)  

 

Tempat : Unilt Perolehan,  Tingkat 7, Bahagian Kewangan dan Belanjawan,  Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur


 

TARIKH/WAKTU TUTUP/PEJABAT YANG MENGELUARKAN TENDER

 

23.10.2019 (Rabu) Jam: 12.00 Tengah hari

 

Urusetia:Lembaga Perolehan RISDA, Tingkat 7, Bahagian Kewangan dan Belanjawan, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.


Dokumen Tender berharga RM50,00 senaskhah. Bayaran Dokumen Tender hendaklah dalam bentuk Wang Tunai/ Kiriman Wang Pos atau Deraf Bank atas nama "RISDA AKAUN BHG KEWANGAN”. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

 

Waktu urusan pembelian dan pertanyaan mengenal tender adalah seperti berikut:

 

Isnin hingga Khamis : Dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan

                                            dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang; 

 

Jumaat : Dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 

                  dari jam 3.00 petang hingga 3.30 petang. 

 

 

Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada pembekal yang sah saja. Satu pembekal dibenarkan membeli hanya satu naskhah Dokumen Tender sahaja. Untuk maksud ini, pembekal/wakil wajib membawa Sijli Asal Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang dinyatakan serta masih sah tempoh pendaftaran serta DUA (2) salinan sijil berkenaan untuk simpanan dan rekod bayaran pejabat ini semasa membeli Dokumen Tender. PERKHIDMATAN FOTOSTAT TIDAK DISEDIAKAN. 

 

Dokumen Tawaran Tender Teknikal dan Tawaran Tender Kewangan yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan dalam dua sampul surat berasingan yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Bekalan. Kedua-dua sampul tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Bekalan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti dinyatakan di atas. 

 

RISDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.

 

"PEMBERI & PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (AKTA 694)"