Asklegal

Tender | Supply

Bank Simpanan Nasional - Personal Banking Services & Debit Card Supply


Tender adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat Perso yang masih sah diiktiraf oleh Visa, MasterCard dan PayNet serta memenuhi keperluan seperti berikut :

 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

CADANGAN KERJA-KERJA PEMBEKALAN KAD DEBIT BERSERTA PERKHIDMATAN PERSONALIZATION UNTUK BANK NASIONAL

 

HARGA DOKUMEN

RM 4,000.00 (Tidak akan dikembalikan)

 

TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL

Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. 

Mulai Rabu, 2 Oktober 2019 Selepas taklimat (urusan dalam waktu pejabat)

 

 

TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT

Rabu, 2 Oktober 2019 Jam 10.30 Pagi Bilik Mesyuarat Rafflesia, Tingkat 4, Blok A, Wisma BSN Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN

 

SYARAT PENDAFTARAN

Pihak syarikat atau vendor mestilah diiktiraf oleh Visa, MasterCard dan PayNet dengan sijil yang masih sah pada masa tawaran tender ini dibuat. Hanya syarikat yang sama menjalankan kerja-kerja Personalization kad dibenarkan menyertai tender ini (pihak ketiga/ejen tidak dibenarkan)

 

 

TARIKH TENDER DITUTUP

Selasa, 15 Oktober 2019 pada jam 12.00 tengah hari

Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan

 

 

Naskah meja tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 2 Oktober 2019. Bayaran dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank di atas nama Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional atau bayaran secara tunai (bayaran ini tidak akan dikembalikan). Syarikat dikehendaki membawa sijil asal dan satu salinan sijil pengiktirafan oleh Visa, Mastercard dan PayNet semasa membeli dokumen tender. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan dimasukkan ke dalam peti tender di alamat:

 

Peti Tender (B), Bahagian Perolehan 

Tingkat 14, Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.