Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Dewan Bahasa dan Pustaka - Building Cleaning & Related Services


Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 221001 (Pembersihan Bangunan dan Pejabat), 221002 (Membersih Kawasan) dan 221003 (Mengangkat Sampah) yang masih sah dan berkuat kuasa serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini dipelawa untuk menyertai tender yang berikut:


 

No.Tender

5/2019


 

Tajuk Tender

Perkhidmatan Pembersihan, Pencucian Bangunan dan Landskap di Menara dan Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka.

 


Kod Bidang Pendaftaran

221001, 221002 dan 221003


Tarikh, Masa Dan Tempat Taklimat

 

Tarikh: 8 Oktober 2019 (Selasa)

 

Masa: 10.00 pagi

 

Tempat : Dewan SeminarDato' Hj. Hassan Ahmad, Aras 2, Blok Podium, Menara DBP.

 

Kehadiran DIWAJIBKAN. 

Ketidakhadiran ke sesi taklimat adalah dianggap sebagai tidak berminat untuk menyertai tender ini.


 

Dokumen Tender boleh diperoleh selepas sesi taklimat diadakan, dalam waktu pejabat mulai 8 Oktober 2019 di Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur dengan harga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) senaskhah, dan hendaklah dibayar dalam bentuk wang tunai. Syarikat perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh pendaftaran, dan menyerahkan satu salinan sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tender. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:

 

Bahagian Kewangan dan Bekalan, 

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Aras 27, Menara DBP, 

Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

 

Tarikh dan masa tutup tender tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari pada 29 Oktober 2019 (Selasa). Serahan Dokumen Tender yang lewat dari tarikh dan masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.