Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Construction

Perbadanan Putrajaya - Landscape & Road Works In Putrajaya Area


KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP PERSIARAN PERDANA, JALAN-JALAN DI NUSA PERDANA, SISIRAN DAN PERSISIRAN TASIK, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

(NO. TENDER : PPJ/L/T/2/2019)

 


 

1.Tender adalah dipelawa daripada kontraktor/Syarikat Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas. 

 

2.Maklumat tender serta kelayakan asas Kontraktor/Syarikat adalah seperti berikut:


SYARAT MEMASUKI  TENDER

Gred: G7 Kategori: CE Khusus: CE14

Dan

Berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Untuk Taraf Bumiputera

 


TARIKH & TEMPAT TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK

 

3 Oktober 2019 (Khamis) 9.00 Pagi

 

Bilik Mesyuarat Dahlia, Aras 5, Blok D, Kompleks Perbadanan Putrajaya

 


TARIKH & TEMPAT  DOKUMEN MULA DIJUAL

 

3 Oktober 2019 (Khamis) Sehingga 17 Oktober 2019 (Khamis)

 

 Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Aras 1, Blok C, Jabatan Kewangan, kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3,62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya


HARGA DOKUMEN BENTUK BAYARAN & BAYARAN ATAS NAMA

 

Ringgit Malaysia RM300.00 (Tidak Dikembalikan)

 

Tunai/Draf Bank Perbadanan Putrajaya

 


TARIKH, WAKTU & TEMPAT TENDER DITUTUP

 

25 Oktober 2019 (Jumaat) 12.00 tengah hari

 

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Aras 1, Blok C, Jabatan Kewangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya


 

3. Kontraktor/Syarikat juga mesti memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut:

- Mempunyai pengalaman dan pernah menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan bernilai sekurang-kurangnya RM2,000,000.00 bagi (1) kontrak dalam tempoh 5 tahun terdahulu. 

 

4. Dokumen Meja Tender boleh disemak di pejabat tersebut pada waktu pejabat. 

 

5. Kehadiran PEMILIK SYARIKAT (SEBAGAIMANA NAMA DI DALAM SIJIL SSM/BORANG 9, 24 & 49) adalah DIWAJIBKAN (Sila bawa bersama Sijil Asal dan Cap Syarikat) dan Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada Kontraktor/Syarikat yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak tersebut. 

 

6.Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor/Syarikat yang sah sahaja di mana wakil-wakil Kontraktor/Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil Kontraktor/Syarikat juga hendaklah membawa dokumen-dokumen asal dan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM), Sijil Perolehan Kerja kerajaan (SPKK) dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera (BPKU). 

 

7.Salinan Sijil-sijil Pendaftaran BPKU boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah BPKU. Tender ini akan ditutup pada 25 Oktober 2019 bersamaan hari Jumaat, jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tender yang dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam sampul berlakri serta bertanda dengan tajuk projek, hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas. 

 

8. Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk Dokumen Tender tidak akan diterima. Bayaran Dokumen Tender tidak akan dikembalikan.


KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN PUTRAJAYA DI ALAMAT: www.ppi.gov.my