Asklegal

Tender | Services

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Insurance ,Surgical & Patient Treatment Services


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mempelawa kepada mana-mana Pembida/Petender untuk membida tawaran Tender No. SSM 8/2019. Dokumen Tender boleh didapati bermula 26 September 2019 waktu pejabat di Unit Perolehan, Ibu Pejabat SSM, Tingkat 25, Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur. 

 

Taklimat tender akan diadakan pada 30 September 2019, 10.00 pagi di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Tingkat 10, Menara SSM@Sentral. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM500.00 · setelah Borang Semakan Kelayakan Petender disahkan di Unit Perolehan, Tingkat 25, Menara SSM@Sentral dan seterusnya bayaran hendaklah dibuat di Kaunter Bayaran, Tingkat 17, Menara SSM@Sentral dalam bentuk Tunai, kad kredit, Bank Draf atau Kiriman wang pos (tidak dikembalikan) atas nama Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hanya Pembida/Petender yang berdaftar dengan SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang yang disenaraikan di bawah dibenarkan untuk membeli Dokumen Tender. Sila bawa bersama salinan sijfl MOF dalam kod bidang di bawah sebagai bukti. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan Pembida/Petender tidak layak untuk membeli Dokumen Tender. 

 

Sebarang pertanyaan berkaitan tender ini hendaklah dibuat melalui e-mel kepada perolehan@ssm.com. my. Tarikh akhir untuk membuat pertanyaan adalah pada 7 Oktober 2019.


No.Tender

SSM 8/2019


Butiran Tawaran

Skim Perlindungan Insurans Hospital & Surgikal Berkelompok Dan Pengurusan Rawatan  Pesakit Luar  (Biasa & Pakar), Suruhanjaya Syarikat Malaysia


 

Harga Dokumen (RM)

500.00


Syarat Kelayakan Petender

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod Bidang: 

 

221801 - Syarikat Insurans  (Perlu Lesen Bank  Negara) 


Tarikh  Akhir Pembelian Dokumen Tender 

14.10.2019 4.00 petang


Tarikh  Tutup/Serahan   Tender  

21.10.2019 12.00 tengah hari  

Bilik Serahan Tender,  Tingkat 25, Menara  SSM@Sentral