Asklegal

Tender | Construction

Perindustrian Hi-Tech Kulim, Kedah - Land Works For Base


Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera daripada Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU), Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam kelas pendaftaran dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:-


 

Bil. 1


Keterangan Kerja
CADANGAN KERJA TANAH BAGI TAPAK  KULIM HI-TECH CENTRAL DI ATAS LOT  3569, 09090 KULIM HI-TECH PARK, KEDAH DARUL AMAN

 

No. Tender: PBT/T/187-15

Lawatan tapak pada : 10 Oktober 2019

(Khamis), Jam 10.00 pagi (DI WAJIBKAN)

Tempat : Pejabat PBT Taman

Perindustrian Hi-Tech Kulim, Kedah.


Kelas Pendaftaran

 

Kontraktor Kerja  Awam  

 

Gred : G3 Kategori CE Pengkhususan :  CE36 


 

Harga Dokumen 

 

RM 100.00 (Tidak akan dikembalikan)


 

Tarikh Tutup Tender

31 Okt 2019 (Khamis) Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.


 

2. Naskah meja tawaran boleh disemak di Lot 8, Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK), Jalan Hi-Tech 2/7, dan mula dijual pada waktu pejabat bermula 10 Oktober 2019 sehingga 30 Oktober 2019. Semua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk wang tunai, cek atau Bank Draf di atas nama Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (bayaran ini tidak akan dikembalikan).

 

3. Kontraktor dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera (BPKU), Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja kerajaan (LPIPM/CIDB) dan satu salinan bagi sijil-sijil tersebut semasa lawatan tapak dan semasa membeli dokumen tender. HANYA PENAMA YANG ADA DI DALAM SIJIL BPKU DAN CIDB SAHAJA DIBENARKAN MENGHADIRI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK. WAKIL KONTRAKTOR ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

 

4. Tarikh tutup Tawaran Tender ini ialah pada 31 Oktober 2019 (hari Khamis) jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Lot 8, Jalan Hi-Tech 2/7, Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK). Tawaran yang lewat diterima tidak akan dilayan.

 

 

YANG DIPERTUA 

PIHAK BERKUASA TEMPATAN 

TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM