Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Renovation

Jabatan Kerja Raya - Bridge Maintenance Works


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:

 


Pejabat yang Memanggil Tender

JKR Negeri Sembilan Darul Khusus


Tajuk Projek

Kerja-kerja Penyenggaraan Jambatan Sg.Linggi (Jalan Sua Betong – Air Kuning; N8) Dan Lain-Lain kerja Yang Berkaitan Di Daerah Port Dickson,Negeri Sembilan

 


Taraf/Jenis Syarikat

Bumiputera T1


 

Gred, Kategori & Pengkhususan

 

CIDB Gred: G4

 

Kategori: CE

 

Pengkhususan: CE01 dan CE21


Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Sembilan Darul

Khusus, Tingkat 2, Blok B, Wisma Negeri,

70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

10.10.2019 Hingga 23.10.2019


 

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM 530.00

 

Bendahari Negeri Sembilan Darul Khusus

 

dalam bentuk Draf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

 

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Sembilan Darul

Khusus, Tingkat 2, Blok B, Wisma Negeri,

70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

30.10.2019 Jam 12.00 t/hari


 

Taklimat projek adalah diwajibkan. Berkumpul di Auditorium Kompleks Pentadbiran Port Dickson pada 10.10.2019 (Khamis) jam 10.00 pagi.


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Bendahari Negeri Sembilan Darul Khusus. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

 

* Jenis Syarikat Tempatan: 

T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.