Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Teknologi MARA - Services For 'Heart lung' Machine & Lab Equipments


Tawaran ini adalah dipelawa daripada kalangan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan seperti berikut :-


 

BUTIR-BUTIR TAWARAN 

No. Tender: UiTM/B4/PER/T/B/0919/0003

 

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujilari Dan Mentauliah Mesin' Heart Lung Di Pusat Pakar Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh

 

Kod Bidang (Wajib): 050101 

Kod Bidang (Pilihan): 050100


 

No. Tender: UiTM/B1/PER/T/B/0919/0030

 

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang Dan Mengujilari Peralatan Makmal Fakulti Kejuruteraan Awam UITM Shah Alam Selangor Darul Ehsan

 

Kod Bidang (Wajib) : -

Kod Bidang (Pilihan):  060501,210101,020201,060502


TARIKH DAN MASA TAWARAN DITUTUP 

 

15 Oktober 2019 (Selasa)  jam 12:00 petang    


 

1. Tawaran ini dibuat secara atas talian (online) melalui laman web FineProcurement Plus Universiti (https://myfinancial.uitm.edu.my) mulai 24/09/2019. 

 

2. Tawaran yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem FinEProcurement Plus pada atau sebelum 15 Oktober 2019 (Selasa) jam 12:00 petang. Tawaran yang tidak dikunci masuk (key-in) sebelum waktu tutup tawaran TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

 

3. Dokumen sokongan secara manual hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertakri dan dimasukkan ke Peti Tender di Pejabat Bendahari, Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset, Unit Panggilan Tender & Sebutharga, UITM Shah Alam, 40450 Shah Alam, Selangor seperti tarikh dan masa dinyatakan. Nombor ID hendaklah ditulis dengan terang dan jelas di bahagian atas sebelah kiri sampul tersebut. 

 

4. Syarikat yang berminat hendaklah berdaftar di sistem FinEProcurement Plus dan bayaran sebanyak RM400.00 akan dikenakan bagi tempoh pendaftaran selama dua (2) tahun. Bayaran boleh dibuat menggunakan wang Tunai/ Deraf Bank atas nama BENDAHARI UITM.