Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat - ICT Service At MARA Data Centre


1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:


CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH, MIGRASI DAN MENTAULIAH BAGI PERKAKASAN DAN PERISIAN ICT DI PUSAT DATA MARA


NO. TENDER

55/2019


KOD BIDANG

 210102, 210103, 210104, 210105,210106,210107, dan 210108


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

 

24/09/2019 Hingga  04/10/2019

 

ISNIN - KHAMIS 

8.30 pagi - 1.00 petang

2.00 petang -4.30 petang

 

 

JUMAAT

 8.30 pagi - 12.15 t/hari

2.45 petang -4.30 petang


TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TENDER 

07/10/2019. 10.00 pagi   

Dewan Sumber Ilmu  Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA,  50609 Kuala Lumpur 


 HARGA  SENASKHAH DOKUMEN  

 RM50.00


TARIKH  TUTUP   TENDER 

28/10/2019  (sebelum 12.00  tengah hari)


*Sila bawa cop syarikat semasa menghadiri taklimat tender

 

2. Kontraktor-kontraktor Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya:

untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen. 

i) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

 

Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak. 

 

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara DRAF BANK atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 1.00 ptg, 2.00 ptg - 4.30 ptg) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

 

5.Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor. 

 

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender seperti alamat di bawah:

 

PENGARAH 

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN 

TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,

21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR

 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari

 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my