Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery

Pengurusan Air Pahang Berhad - Services Of Aluminium Sulphate


A. Tender adalah dipelawa daripada pengilang/pembekal yang syarikat 100% milik tempatan masih sah berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA - dalam bidang berkaitan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi tawaran berikut :


BIL 1.

TAJUK PROJEK

Membekal Dan Menghantar "Liquid Aluminium Sulphate Ke Loji Air  Lokasi Pengurusan Air Pahang Berhad Untuk Tempoh Dua (2) Tahun


TARAF

Terbuka 


BIDANG

Kementerian Kewangan 060103 Dan Surat Perakuan Penyenaraian Pembekal SPAN


 

TARIKH DOKUMEN MULA DIJUAL

23/09/2019 Hingga 14/10/2019


HARGA DOKUMEN (RM)

100.00


TARIKH TUTUP TENDER (12.00 TGH)

21/10/2019

 


 

 

B. Dokumen Meja Tender akan dipamerkan semasa waktu pejabat seperti berikut : 

 

HARI

Isnin-Khamis

 

 

WAKTU  

8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari.

2.15 petang hingga 4.00 petang 

 

Jumaat

8.15 pagi hingga 12.00 tengah hari

2.45 petang hingga 4.00 petang 

 

C. Dokumen Tender akan mula dijual mengikut tarikh di perenggan A ruangan 5 di atas pada waktu-waktu seperti yang tersebut di perenggan B. Dokumen Tender TIDAK AKAN DIJUAL selepas tarikh tersebut. 

 

D. Petender yang ingin memasuki tawaran di atas dikehendaki mengeluarkan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf, sejumlah harga di perenggan A ruangan 6 di atas yang dibuat atas nama Pengurusan Air Pahang Berhad sebagai bayaran Dokumen Tender.

 

E. Dokumen Tender hanya dikeluarkan kepada pembekal/pengilang atau wakil-wakil yang sah sahaja. Untuk maksud itu dokumen-dokumen berikut hendaklah dikemukakan : 

 

i. Surat wakil yang membenarkan pengambilan Dokumen Tender ( hanya untuk wakil sahaja).

ii. Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekalipengilang yang berdaftar dengan PAIP Berhad sahaja. 

 

F. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditulis tajuk tender berkenaan di penjuru kiri dan hendaklah dimasukkan ke dalam:

 

PETI TENDER 

Tingkat 1, Bahagian Kontrak dan Pengurusan Projek 

PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD

Bandar Indera Mahkota.

25200 Kuantan

 

pada / atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada tarikh di perenggan A ruangan 7 di atas.