Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - Build 2 Units Of House Warden & Food Hall Upgrade


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

 


 

Pejabat yang Memanggil Tawaran

JKR MARANG, TERENGGANU

 


 

Tajuk Projek (Pembiayaan)

Pembinaan Bangunan 2 Unit Rumah Warden Dan Naik Taraf Dewan

Makan Termasuk Peralatan serta Tempat Memasak Dan Lain-Lain

Di Asrama SMK. Dato' Awang Jabar, Marang, Terengganu


Taraf/Jenis Syarikat

Bumiputera T1


Kelas, Kepala & Sub-Kepala

G3 B B04


Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

Ibu Pejabat JKR Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, Tingkat 10, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu.

 

Pada: 30.09.2019

 

Hingga: 14.10.2019


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

 

RM 100.00

 

Pengarah Kerja Raya Negeri, Terengganu.


 

Tempat, Tarikh & Waktu Tutup Tender

Ibu Pejabat JKR Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, Tingkat 10, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu.

 

Pada: 21.10.2019

Jam: 12.00 tengah hari


Taklimat project dan lawatan tapak adalah  diwajibkan .Berkumpul di Dewan seminar JKR Marang,Terengganu pada 30.09.2019 (Isnin)  Jam 9.30 pagi


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPK) yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKI, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

 

 

 

* Jenis Syarikat Tempatan : 

T1 – Syarikat 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.