Asklegal

Tender | Services

Majlis Sukan Negara Malaysia - Proposed Maintenance Work & Service Of Air Conditioning System


Tawaran tender adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri & Pembinaan Malaysia (CIDB) dan masih aktif untuk menyertai kerja-kerja berikut:

 


KENYATAAN TENDER

 

No. Tender

MSN/BPK/BKLN/T/05/2019


 

Perihal/Tajuk Kerja

Cadangan kerja-kerja penyelenggaraan dan servis sistem penyaman udara jenis berpusat & berasingan dan sistem pengudaraan mekanikal secara separa komprehensif untuk Majlis Sukan Negara.

 


 

Kelayakan

Berdaftar dengan CIDB

 

Grade: G4 dan keatas

 

Kategori: ME

 

Pengkhususan: M01 & M15


 

Harga Dokumen 

RM250.00


Tarikh & Waktu Taklimat

 

Tarikh: 24/9/2019 (Selasa)

 

Masa:10.30 pagi

 

Tempat: Auditorium 1, Bangunan Admin Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, KL.


 

Dokumen tender boleh dibeli dari Bahagian Kewangan, Tingkat 4, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur pada waktu pejabat mulai 24 September 2019 (Selasa) secara TUNAI sahaja. 

 

Semasa pendaftaran, penender hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL PENDAFTARAN KONTRAKTOR dan satu salinan untuk Majlis Sukan Negara sebelum dokumen tender dikeluarkan. 

 

Hanya tuan empunya lesen atau syarikat sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak dan mengambil borang dokumen tender. Wakil tidak dibenarkan. 

 

Kegagalan untuk menghadiri taklimat pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan boleh menyebabkan tawaran tender tidak akan dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Bukti kehadiran adalah berdasarkan pengesahan rasmi dari Majlis Sukan Negara Malaysia ini sahaja. 

 

Dokumen tender yang telah lengkap, hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan ditanda No Tender dan Tajuk Kerja di bahagian tengah sampui surat. Dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Tender di alamat seperti berikut:

 

Bahagian Kewangan Tingkat 4 

Majlis Sukan Negara Malaysia 

Kompleks Sukan Bukit Jalil

57000 Kuala Lumpur 

 

Majlis Sukan Negara Malaysia berhak untuk membatalkan tender dan tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan kos yang ditanggung oleh penender berikutan dengan urusan tender ini. 

 

Tarikh tutup tender adalah pada 14.Oktober 2019 (Isnin), jam 12:00 tengah hari

 

 

- Untuk keterangan lanjut, sila hubungi . 

En Mohd Nur Aliff Bin Muhammad di talian 03-89929837/9797

Iklan ini juga boleh dicapai di www.nsc.gov.my.