Asklegal

Tender | Services

Kementerian Pertahanan Malaysia - Equipment Repair Service and Communication System Repair Service


MALAYSIA KENYATAAN TAWARAN : 25/2019

Tawaran tender adalah terbuka khas kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan menggunakan Sistem ePerolehan bagi menyertai tender berikut : 


BIl.1

No Tender 

KP/PERO5/A/ T174/2019/OE


 

Butir Tawaran

Perkhidmatan Senggaraan Pembaikan Alatganti Peralatan dan Sistem  Komunikasi Menara Kawalan Trafik  Udara untuk Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)


Kod Bidang Pendaftaran 

210201 dan 210202 dan 210203 dan 210501


Harga Dokumen Tawaran

 RM 50.00


 

Tarikh Tender Ditutup

 

17 Oktober  2019 (Khamis)  

Jam 12.00 Tengah hari 


 

Syarat Khas Bil 1 

Petender diwajibkan menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak sebelum mengemukakan apa-apa tawaran. Hanya Pemilik Syarikat atau Penama yang tercatat dalam Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan dan berstatus warganegara Malaysia sahaja dibenarkan hadir. Sila bawa bersama salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan berserta salinan kod bidang yang berkaitan, Cop Syarikat dan Kad Pengenalan semasa menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

 

1. Tarikh : 26 September 2019 (Khamis) 

Masa : 9.30 pagi hingga selesai 

Tempat : Bilik Mesyuarat 881 skuadron Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD),Kem Mahkota,86000 Kluang, Johor Darul Takzim 

 

Urusan pembelian dokumen tender hanya boleh dibuat selepas dua (2) hari petender menghadiri taklimat dan lawatan tapak. 

 

Dokumen Tender boleh diperolehi di Bahagian Perolehan Kaunter Kementerian Pertahanan, Aras 1, Bangunan TH-Selborn Lot 153, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur. Petender dikehendaki membawa bersama salinan SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN BERSAMA KOD BIDANG (LAMPIRAN A) dan salinan SIJIL LAWATAN TAPAK untuk tujuan pengesahan. Pembayaran hendaklah dibuat dalam Wang Pos/ Kiriman Wana (Money Order)/Bank Draf Berpalang atas nama 'Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan'. 


Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan No. Tender beserta Butir Tawaran dan dimasukkan ke dalam peti Tender yang ditetapkan di Aras 1, Menara TH-SELBORN, Lot 153, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, tarikh tutup tender. Sekiranya tarikh tutup tender jatuh pada Hari Kelepasan Am maka tender akan ditutup pada hari keesokannya jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. 

Waktu penjualan dokumen tender melalui kaunter adalah seperti berikut:


HARI


MASA BERURUSAN


Isnin hingga Khamis 

8.30 pagi - 12.30 tengah hari 

2.00 petang - 3.30 petang


Jumaat 

8.30 pagi - 12.00 tengah hari 

2.45 petang - 3.30 petang


PENGUMUMAN 

Maklumat mengenai pengiklanan tender, jadual harga dan status perolehan akan dinyatakan dalam PORTAL Kementerian Pertahanan http://etender.mod.gov.my


"Sebarang bentuk suapan, pemberian atau apa-apa dorongan yang bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 akan menyebabkan permohonan ditolak serta-merta."