Asklegal

Tender | Supply Tender | Maintenance Tender | Delivery Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat - Various Services For Bus


Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:

 


NO TENDER

51/2019


 

 

TAJUK KERJA

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJILARI DAN MENGESAH TAULIAH TUJUH BELAS (17) BUAH BAS HENTI-HENTI (MIDI/ MINI) BERHAWA DINGIN DAN TIGA PULUH (30) TEMPAT DUDUK PENUMPANG DAN SEPULUH (10) BERDIRI UNTUK KEGUNAAN MARA


 

NO TENDER

52/2019


TAJUK KERJA

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJILARI

DAN MENGESAH TAULIAH EMPAT (4) BUAH BAS EKSPRES SATU TINGKAT (BERPRESTASI TINGGI) BERHAWA DINGIN DAN TIGA PULUH (30) TEMPAT DUDUK PENUMPANG UNTUK

KEGUNAAN MARA


NO TENDER

53/2019


 

TAJUK KERJA

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJILARI DAN MENGESAH TAULIAH TUJUH (7) BUAH BAS EKSPRES SATU TINGKAT (BERPRESTASI SEDERHANA) BERHAWA DINGIN DAN EMPAT PULUH (40) TEMPAT DUDUK PENUMPANG UNTUK

KEGUNAAN MARA

 


NO TENDER

54/2019


TAJUK KERJA

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJILARI

DAN MENGESAH TAULIAH LIMA BELAS (15) BUAH BAS HENTI-HENTI (MIDI/MINI) BERHAWA DINGIN DAN TIGA PULUH (30) TEMPAT DUDUK PENUMPANG DAN SEPULUH (10) BERDIRI UNTUK KEGUNAAN MARA BAGI PROJEK NEGERI SEMBILAN (DAERAH REMBAU & TAMPIN)


 

KOD BIDANG

110105 dan 110199


 

TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TENDER

 

27/09/2019 Pendaftaran : 10.00 pagi

 

BILIK MESYUARAT POSITIF, Tingkat 9, Ibu Pejabat MARA, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

 

27/09/2019 hingga 10/10/2019

 

ISNIN-KHAMIS 

8.30 pagi-1.00 petang 

2.00 petang - 4.30 petang

 

 

JUMAAT 

8.30 pagi - 12.15t/hari 

2.45 petang - 4.30 petang


 

HARGA SENASKHAH DOKUMEN

 

RM50.00


 

TARIKH  TUTUP  TENDER

18/10/2019 (Sebelum 12.00 tengah hari)


 

 

2. Pembekal-pembekal Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen. 

 

i) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

 

Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak. 

 

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara DRAF BANK / WANG POS / KIRIMAN WANG atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja.

 

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

 

5.Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. WAKIL SYARIKAT adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.

 

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Pembekalan di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal.

 

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

 

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah:

 

PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,

21, JALAN MARA 50609 KUALA LUMPUR

 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam-12.00 tengah hari

 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my