Asklegal

Tender | Construction

Universiti Sains Malaysia - Provision Of Roof Buildings


 

 

Tawaran tender terbuka adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor (*T1) bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini, untuk tender berikut:-

 

 

T1/19/P/JPPA/19 : 

Kerja-Kerja Penyediaan Binaan Struktur Berbumbung SBIZX, SB1ZW Dan SB2ZZ Di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah Untuk Tetuan: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

 

 

 

Kelayakan :

 Gred -64 

Kategori - B(Bangunan) 

Pengkhususan - B04 (Kerja Kerja Pembinaan Bangunan)

 

Tarikh Taklimat / Tempat Taklimat : 

25 September 2019 (Rabu), Jam 10.30 Pagi. Tapak Arkeologi Sungai Batu, Jalan Semeling, Merbok, Kedah.

 

 

Syarat Kepada Petender: 

a. Petender DIWAJIBKAN menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Dokumen hanya dijual kepada petender yang telah menghadiri taklimat dan lawatan tapak sahaja.

b. lanya perlu dihadiri oleh penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontrak dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan. 

c. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontrak dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan.

 

 

Tarikh Tutup Tender: 

15 Oktober 2019 (Selasa), Jam 12.00 Tengahari

 

Harga dokumen sebanyak RM60.00 senaskah boleh dibayar secara tunai / bank deraf / kiriman wang yang dibuat atas nama 'Universiti Sains Malaysia' di Bursary@USM, Seksyen Pengurusan Hasil Dan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Bangunan D12, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang.

 

Dokumen Tender boleh didapati di alamat seperti di bawah dengan mengemukakan resit bayaran (Asal) dan salinan serta Sijil-Sijil berkaitan yang masih sah tempoh lakunya yang telah dibuat salinan pada waktu-waktu berikut:-

 

 

Isnin - Khamis : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

2.30 petang hingga 4.00 petang 

Jumaat : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi

3.00 petang hingga 4.00 petang

 

 

Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil – wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa PERAKUAN PENDAFTARAN ASAL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN ATAU KAD PERAKUAN PENERIMAAN PERMOHONAN PENDAFTARAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI dan SIJIL PENDAFTARAN ASAL PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR.

 

Petender yang tidak mendapat sebarang maklum balas atau jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

 

Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor, Nama Tender dan dimasukkan sendiri ke dalam peti tawaran di Seksyen Perolehan, Jabatan Bendahari, Bangunan C04, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang.

 

'* Pihak Universiti berhak menerima kesemua atau sebahagian dari tawaran tender tersebut dan tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau mana-mana tender.