Asklegal

Tender | Services

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Various Replacements Works


1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan industri Pembinaan (CIDB) dalam kelas yang berkenaan serta dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut :-


 

TAJUK

Tender Bagi Cadangan Menggantikan kabel Bawah Gred G4: Tanah Sediada Dan Menggantikan Pengkhususan Tiang Lampu Jalan Awam ME Lengkap Dengan Aksesori E04 & E16 Aksesori Di Sebahagian Lebuh Kimberly, Jalan Perak, Jalan Lim Khoon Huat, Halaman Seh Tan, Jalan Ariffin, Jalan AS Mansoor, Jalan Kuantan, Jalan Kajang, Lebuhraya Thean Teik, Jalan Sepoy Lines, Jalan Masjid Negeri Dan Lain-Lain Jalan Di Sekitar Pulau Pinang


KELAYAKAN 

CIDB

Gred G4

Pengkhususan ME

E04 & E16


 

Taklimat : 24.9.2019 (Selasa), Jam : 11.30 Pagi Tempat : Bilik Perdana, M8PP, Tingkat 4. KOMTAR,Pulau Pinang 


Harga Dokumen : RM50.00 senaskah 


Tarikh Tutup: 21.10.2019 (Isnin) Jam : 12.00 tengahari


 

2. Pemilik syarikat atau wakil sah yang dilantik syarikat diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen tender. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

 

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender, yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

 

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my