Asklegal

Tender | Supply

RISDA - Fertiliser Supplies To Risda


Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa pembekal pembekal berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 070101 untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan bekalan dan perkhidmatan seperti berikut:-


NO. TENDER

7.0 - 07/2019


 

TAJUK BEKALAN

PEMBEKALAN BAJA KEPADA RISDA BAGI  TEMPOH 1 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020 DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK


 

TAKLIMAT TAPAK (KEHADIRAN DIWAJIBKAN)

24.09.2019 (Selasa)

 

Waktu Pendaftaran : 10.30-11.00 Pagi

 

 

Wajib membawa Sijil Asal MOF dalam bidang  berkenaan yang masih sah tempoh laku serta

satu (1) salinan fotostat;

Hanya penama di dalam Sijil MOF yang boleh 1  menghadiri lawatan tapak dan tidak boleh 2019 

mewakilkan pegawai selain daripada penama; 

Pembekal yang lewat tidak akan dibenar  menyertai tender. 

 

Waktu Taklimat : 11.00 Pagi 

Tempat : Auditorium Sultan Ahmad Shah, Tingkat G, Bangunan Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


TARIKH: WAKTU TUTUP/PEJABAT YANG MENGELUARKAN TENDER

 

15.10.2019 (Selasa)

Jam:12.00 Tengahari

 

Urusetia:Lembaga Perolehan

RISDA, Tingkat 7, Bahagian Kewangan dan

Belanjawan, Ibu Pejabat RISDA,

Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur


 

Dokumen Tender berharga RM200.00 senaskah. Bayaran dokumen tender hendaklah dalam bentuk Wang Tunai / Kiriman Wang Pos atau Deraf Bank atas nama "RISDA AKAUN BHG KEWANGAN".Bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

 

Waktu urusan pembelian dan pertanyaan mengenai tender adalah seperti berikut:-

 

Isnin hingga Khamis : Dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang; 

Jumaat : Dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 tengah hari dan dari jam 3.00 petang hingga 3.30 petang. 

 

Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada pembekal yang sah saja. Satu pembekal dibenarkan membeli hanya satu naskhah dokumen tender sahaja. Untuk maksud ini, pembekal / wakil wailb membawa Sift Asal Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang dinyatakan serta masih sah tempoh pendaftaran serta DUA 12. salinan sijil berkenaan untuk simpanan dan rekod bayaran pejabat ini semasa membeli dokumen tender. PERKHIDMATAN FOTOSTAT TIDAK DISEDIAKAN. 

 

Dokumen Tawaran Tender Teknikal dan Tawaran Tender Kewangan yang telah sempuma diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan dalam dua sampul surat berasingan yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Bekalan. Kedua-dua sampul tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Bekalan dan dimasukkan ke dalam peti Tender seperti dinyatakan di atas. 

 

RISDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan. 

 

RISDA berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran daripada mana-mana petender. Petender boleh menawarkan harga untuk keseluruhan atau item/pakej. Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu tawaran yang berasingan.