Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services Tender | Design

Lembaga Pertubuhan Peladang Johor - Services At Pellet Processing Factory


Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor tempatan yang berdaftar di Malaysia Sahaja yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:


 

NOMBOR TENDER

TENDER LPPJ BIL.1/2019


TAJUK TENDER 

Mereka bentuk, Membekal, Menghantar, Menguji guna dan Mentauliah Mesin, Peralatan dan Kelengkapan di Kilang Memproses Pellet Pertubuhan Peladang Negeri Johor


 

KOD BIDANG PENDAFTARAN

Pendaftaran Kod Bidang Kementerian Kewangan Malaysia: 130101/ 1301021 130199

 


HARGA DOKUMEN

RM50.00 (Senaskhah) (Tidak akan dikembalikan)

 

 - Dokumen Tender boleh diperolehi mulai 18 September 2019 sehingga 07 Oktober 2019 

 

- Dokumen Meja boleh disemak mulai tarikh di atas di Cawangan Pentadbiran dan Kewangan, LPP Negeri Johor


TARIKH LAWATAN TAPAK

 

18 September 2019 (Rabu) Jam: 11.00 pagi Lawatan Tapak di Kilang Memproses

Pellet d/a: Kilang Sawit Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Bukit Bujang, PTD 444, Ladang Bukit Bujang, Mukim

Buloh Kasap, 85010 Segamat, Johor (WAJIB)


 

Petender yang tercatat di dalam Sijil PPK dan SPKK dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat. Sekiranya Petender tidak dapat hadir, Surat Wakil Kuasa diperlukan bagi wakil yang hadir. Petender-petender yang tidak menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat tidak layak untuk membeli Dokumen Tender. 

 

Kontraktor perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK). Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank/ Wang Pos/ Kiriman wang atas nama Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Johor. 

 

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari, 09 Oktober 2019 (Rabu) di alamat:

 

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR, 

KM. 11.6, JALAN PANDAN, 81100 JOHOR BAHRU,

JOHOR DARUL TAKZIM 

 

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor tidak terikat untuk menerima tawaran Tender terendah atau sebarang tawaran.