Asklegal

Tender | Supply Tender | Maintenance Tender | Services

Lembaga Zakat Selangor - Appointment Of Suppliers For Housekeeping And Delivery Services


RUJUKAN TENDER: LZS/DP/100-T (34/2019) 

 

1. Tawaran dipelawa kepada syarikat-syarikat berstatus Bumiputera dan memiliki pengalaman yang sebanding dan berkaitan cadangan tender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta beralamat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan di bawah Kod Bidang berikut:


PERKARA

PELANTIKAN PEMBEKAL BAGI PERKHIDMATAN HOUSEKEEPING DAN PEMBERSIHAN DI PREMIS DAN BANGUNAN MILIK LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS) DI SELURUH SELANGOR ZON 1, 2, 3 DAN 4


KOD BIDANG

221001 atau 221002 atau 221003 atau 221401atau 221402


TAKLIMAT TENDER (DIWAJIBKAN)


TARIKH  WAKTU

20 September 2019 10.00 pagi


TEMPAT

Bilik Latihan Sumber Manusia, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Lot 28, Apartment  ALAMI Residensi, 

Seksyen 13, Shah Alam, 

Selangor Darul Ehsan (Belakang Bangunan Lembaga Zakat Selangor)


 

TARIKH TUTUP TENDER

11 Oktober 2019 12.00 tengah hari


2. Pembida diwajibkan menghadiri sesi taklimat tender dan hanya penama dalam sijil sahaja dibenarkan hadir ke sesi taklimat tender.

 

3. Dokumen tender boleh diperolehi bermula 12 September 2019 sehingga 8 Oktober 2019 pada waktu pejabat (9.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 3.00 petang - 4.30 petang). Dokumen tender boleh dibeli di alamat berikut:

 

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)

Bangunan Zakat Selangor, 

Blok 2, Tingkat 1, Divisyen Perolehan, 

Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,

Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

 

 

4. Pembida boleh memperolehi dokumen tender dengan bayaran (tidak dikembalikan) sebanyak RM100.00 bagi setiap satu. Pembayaran boleh dibuat melalui Wang Pos sahaja atas nama "Lembaga Zakat Selangor (MAIS): 

 

5. Pembida hendaklah mengemukakan sijil yang ASAL dan belum tamat tempoh sewaktu pembelian dokumen tender serta salinan fotostat untuk simpanan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) seperti berikut: 

 

a) Sijil Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan yang lengkap dengan menyatakan kod bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa. 

c) Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera Kementerian Kewangan. 

 

6. Tawaran tender tidak akan dipertimbangkan sekiranya:

a) Pembida GAGAL menghadiri taklimat tender 

b) Pembida LEWAT mengemukakan dokumen tawaran tender 

c) Pembida GAGAL mengemukakan dokumen wajib dengan lengkap seperti yang dinyatakan dalam dokumen tender. 

 

 

7. Di antara KRITERIA UTAMA yang akan diberi pertimbangan adalah pembida seperti berikut: 

a) Pembida mempunyai kewangan untuk menampung kos operasi bersamaan dua (2) bulan tuntutan bulanan kontrak. 

b) Keutamaan kepada Syarikat yang membayar zakat perniagaan pendapatan dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS). 

 

8. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran dan juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana tawaran yang dikemukakan melalui pos. 

 

b/p: Ketua Pegawai Eksekutif 

Lembaga Zakat Selangor (MAIS)