Asklegal

Tender | Construction

Majlis Perbandaran Pasir Gudang  - Upgrade & Building Works For Store


PEMBERITAHUAN TAWARAN 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong bertaraf BUMIPUTERA yang mempunyai lesen Sijil Perolehan Kerja kerajaan (SPKK) dan berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) di bawah tajuk / kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

 


JENIS KERJA & BILANGAN TAWARAN

CADANGAN MEMBINA DAN MENAIKTARAF SETOR MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG DITAMAN MAWAR, PASIR GUDANG 

 

MPPG/T32/2019/BPK/JKEJ


GRED, KATEGORI, PENGKHUSUSAN

G5 B04, CE21


 

HARGA DOKUMEN

RM 600.00


 

 

LAWATAN TAPAK / TAKLIMAT TENDER (WAJIB HADIR) 

TARIKH: 17 SEPTEMBER 2019 (SELASA)

MASA: 10.00 PAGI 

TEMPAT : BILIK AUDITORIUM, ARAS 3, MENARA AQABAH, MPPG

 

PERHATIAN : HANYA PEMILIK SYARIKAT SAHAJA YANG DIBENARKAN MENGHADIRI

TAKLIMAT /LAWATAN TAPAK 

Sila bawa bersama SIJIL/LESEN ASAL dan 1 Salinan


 

 

Dokumen tawaran boleh dimuat turun di laman sesawang sistem sebutharga MPPG iaitu http://kontrak.mppg.gov.my/eSebutharga mulai 17 SEPTEMBER 2019 (SELASA) hingga 7 OKTOBER 2019 (ISNIN) dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Draf Bank, Kiriman wang pos dan Kiriman Pos berpalang dibuat atas nama Majlis Perbandaran Pasir Gudang atau secara "On-Line" juga akan diterima.

 

Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor pada waktu pejabat.

 

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

 

Yang Dipertua 

Majlis Perbandaran Pasir Gudang 

Aras 19, Menara Aqabah Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor.

 

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 9 OKTOBER 2019 (RABU) dan. dikehendaki memasukkan ke dalam peti tawaran di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.

 

HANYA KONTRAKTOR YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG SAHAJA YANG LAYAK MEMBELI DOKUMEN TAWARAN. DIBUAT SECARA "ON LINE" DI LAMAN SESAWANG SISTEM SEBUTHARGA MPPG IAITU http://kontrak.mppg.gov.my/eSebut Harga. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 07-2547771 - Bahagian Pengurusan Kontrak.