Asklegal

Tender | Services

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri - Services Fog Spray (LARVACIDING)


 

KENYATAAN TAWARAN BIL: 16/2019 


1. Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) yang tempoh sah laku sehingga 90 hari dari tarikh tutup Tender serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk Tender berikut:


 

Bil. 1

 

NO. TENDER

MBIP/T/45/2019


TAJUK PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN PENYEMBURAN KABUS, ULV SERTA PEMINYAKAN (LARVACIDING) BAGI PEMUSNAHAN NYAMUK AEDES DAN TEMPAT PEMBIAKAN JENTIK-JENTIK DAN PENANGKAPAN SERTA PELUPUSAN ANJING LIAR ATAU TERBIAR DI DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI BAGI TAHUN 2020


 GRED


KATEGORI

ККМ 


PENGKHUSUSAN

220901 & 220902


HARGA (RM) 

RM50.00


 

 

2. Dokumen Meja Tender akan dipamerkan mulai 18 SEPTEMBER 2019 hingga 08 OKTOBER 2019 semasa waktu pejabat di Kaunter Unit Perolehan, Bangunan Kabin, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai, Johor. 

 

3.Dokumen Tender boleh diperolehi mulai 18 SEPTEMBER 2019 hingga 08_OKTOBER 2019 di kaunter Unit Perolehan, Bangunan Kabin MBIP, dengan mengemukakan bayaran dokumentasi hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau kiriman wang pos (money order) atau wang kiriman pos berpalang (postal order) dan dibayar atas nama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Wang tunai atau cek tidak boleh diterima. 

 

4. Dokumen Tender akan hanya dikeluarkan kepada kontraktor/pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini kontraktor/pembekal hendaklah membawa dokumen asal Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). 

 

5. Kontraktor/pembekal dikehendaki menyediakan satu salinan Surat Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) semasa membuat pembelian Dokumen Tender. 

 

 

6. Petender-petender yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat pada 18 SEPTEMBER 2019 JAM 2.30 PETANG. Petender-petender adalah dikehendaki berkumpul untuk sesi taklimat di JABATAN KESIHATAN AWAM, ARAS 1, MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI, SKUDAI, JOHOR, Kehadiran hanya diambil kepada kontraktor/pembekal yang membawa Surat Pendaftaran Asal dan salinan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang masih sah tempohnya. 

 

7. Setiap tawaran tender hendaklah dikemukakan dalam DUA (2) sampul surat berlakri (sealed).

  •  Sampul surat PERTAMA - CADANGAN KEWANGAN
  •  Sampul surat KEDUA - CADANGAN TEKNIKAL

 

8.Pada sampul surat PERTAMA perlu ditandakan di sudut kiri sebelah atas dengan perkataan  manakala pada sampul surat KEDUA perlu ditandakan di sudut kiri sebelah atas dengan perkataan CADANGAN TEKNIKAL.

 

9. Petender tidak dibenarkan meletak sebarang nama, tanda atau logo syarikat pada CADANGAN TEKNIKAL

10. Dokumen-dokumen lain yang tiada kaitan dengan CADANGAN TEKNIKAL bolehlah dihantar bersama dengan CADANGAN KEWANGAN.

 

 11. Kedua-dua sampul tersebut (PERTAMA dan KEDUA) kemudiannya hendaklah dimasukkan ke dalam SATU (1) sampul surat berlakri (sealed) serta masukkan ke dalam peti tawaran di Unit Perolehan, Bangunan Kabin, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai sebelum atau pada tarikh 08 OKTOBER 2019 jam 12.00 tengah hari.

 

(DATO' HAJI ADIB AZHARI BIN DAUD) 

Datuk Bandar 

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri