Asklegal

Tender | Services

KWSP - Empower Online Learning (POWER Courses - Online Learning Subscription)


Tender adalah dipelawa secara terbuka bagi kerja seperti berikut:-

 


 

NO RUJUKAN PELAWAAN

DOC1946822223


 

KETERANGAN  TENDER

 

Empower Online Learning (POWER Courses - Online Learning Subscription)


 

KOD BIDANG

KKM – 010601/2101031 210104/210109,  SSM, BORANG 24


 

TARIKH BUKA

11.09.2019


TARIKH TUTUP

02.10.2019


 

 

1. Tawaran tender bersama maklumat lengkap pelawaan boleh diperoleh atas talian mulai 11.09.2019 (Rabu) sehingga 02.10.2019 (Rabu). Hanya pembekal yang berdaftar dengan sistem e-Procurement KWSP (SAP Ariba Network) boleh menyertai tender ini. 

 

 

2. Bagi pembekal yang belum berdaftar dengan sistem e-Procurement KWSP, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan pendaftaran seperti berikut: http://epf.supplier.ariba.com/ad/selfRegistration. Tuan/puan boleh menghubungi KWSP melalui emel procurement@epf.gov.my atau hubungi talian 03-26162005 untuk sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran.

 

 

3. Pembekal hendaklah mempunyai Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Borang 24 yang masih sah tempohnya semasa membuat pendaftaran secara online untuk tender ini. Pelawaan tender tidak akan ditawarkan sekiranya pembekal gagal mengemukakan dokumen lengkap dan terkini sewaktu membuat pendaftaran.

 

 

4. Taklimat akan diadakan pada 13.09.2019 (Jumaat), jam 10.00 pagi di Room 2&3 @ L1, EPF Learning Campus, Persiaran KWSP, 43000 Kajang, Selangor. Kegagalan pembekal mematuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan penyertaan perolehan TERBATAL dengan sendirinya.

 

 

5. Modal berbayar pembekal bagi tender ini mestilah tidak kurang daripada RM80,000.00

 

6. Tawaran dan dokumen perolehan yang telah lengkap dikunci masuk dan dilampirkan hendaklah dihantar melalui sistem e-Procurement KWSP tidak lewat dari jam 12:00 tengah hari pada 02.10.2019 (Rabu).

 

7. KWSP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tender yang terendah dan tidak akan bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan tender dan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini.