Asklegal

Tender | Construction Tender | Services

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Suggestions for Building AHU and Improvement of Unfinished Works


1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam gred yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut:-


 

TAJUK

Cadangan Membina AHU Dan Pembaikan  Kerja-Kerja Yang Belum Disiapkan Di Kompleks Pasar Awam Batu Ferringgi Di  Atas Lot 481, Seksyen 1, Bandar Batu Ferringgi, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang


KELAYAKAN

CIDB:  Gred G2-M01 Dan  Gred G2-B04 


 

Tarikh Penjelasan Tapak: 17.9.2019 (Selasa), Jam 10.30 pagi

[Pendaftaran: 10.00 - 10.30 pagi] 

Tempat: Kompleks Pasar Awam Batu Ferringgi, Jalan Sungai

Satu (Bersebelahan Eden.Seaview Condominium)


 

Harga Dokumen: RM183.50 senaskah


Tarikh Tutup: 14.10.2019 (Isnin), Jam 12:00 tengahari


 

2. Kontraktor diwajibkan menghadiri penjelasan tapak sebelum membeli dokumen tender. Wakil diwajibkan membawa surat kebenaran daripada syarikat untuk menyertai penjelasan tapak. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

 

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di bersebelahan kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

 

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my