Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery

Lembaga Lada Malaysia - Supply And Delivery Of Dolomite


 

 

Tender adalah dipelawa daripada syarikat yang berkelayakan untuk menyertai tender berikut:

 


Bil.

1  


Tajuk

TENDER NO.: MPB/2019/20 C Membekal Dan Menghantar Dolomite Kepada Lembaga

Lada Malaysia Untuk Program Pembangunan kawasan Penanaman Lada Tahun 2019


Taraf

Terbuka


Kelayakan

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia  di bawah kod Bidang 070101 


 

Harga Dokumen Tender (RM)

50.00 


Tarikh Tutup

3 Oktober 2019 (12.00 tengah hari) 


 

1. Dokumen tender boleh dibeli di Bahagian Kewangan, Lembaga Lada Malaysia, Kuching pada waktu pejabat (8:00 pagi hingga 4:00 petang) dengan harga RM 50.00 setiap satu.

 

2. Sijil Pendaftaran asal Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atau salinan yang disyaratkan hendaklah dikemukakan semasa membeli dokumen tender berkenaan. Dokumen tender tidak akan dijual jika gagal mengemukakan sijil pendaftaran asal MOF atau salinannya.

 

3. Tawaran tender yang dikemukakan dengan tidak menggunakan dokumen tender asal dan tidak menepati tarikh tutup akan ditolak.

 

 

4. Tender-tender yang lengkap diisi hendaklah dimeteraikan dengan menggunakan sampul surat yang di atasnya bertanda:

 

TENDER NO. MPB/2019/20C 

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR DOLOMITE KEPADA LEMBAGA LADA MALAYSIA 

UNTUK PROGRAM PEMBANGUNAN KAWASAN PENANAMAN LADA TAHUN 2019

 

 

dan dialamatkan kepada:

 

Ketua Pengarah Lembaga 

Lada Malaysia Lot 1115, Jalan Utama, 

93450 Kuching, Sarawak.

 

 

5. Sampul dokumen tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di Bahagian Kewangan,Lembaga Lada Malaysia, Lot 1115, Jalan Utama, 93450 Kuching, Sarawak pada atau sebelum pukul 12.00 tengah hari 3 Oktober 2019.

 

6. Pihak Lembaga tidak terikat untuk menerima tender terendah atau mana-mana tender yang dikemukakan. Pihak Lembaga boleh menerima sebahagian daripada mana-mana tender.

 

(STANLEY JK LIEW) 

Ketua Pengarah 

Lembaga Lada Malaysia