Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

Kementerian Pertahanan Malaysia - Acquisition Of A Maritime Operations Helicopter


KENYATAAN TAWARAN : 23/2019

 

Tawaran tender adalah terbuka khas kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan menggunakan Sistem e Perolehan bagi menyertai tender berikut : 

 


Bil. 1 

No Tender

KP/PERO3A/T098/2019/DE


 

Butir Tawaran

Perolehan Helikopter Operasi Maritim (HOM)  untuk Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)

 


Kod Bidang  Pendaftaran 

 110502 dan 110503


Harga Dokumen Tawaran

RM 50.00


Tarikh Tender Ditutup

 15 Oktober 2019 (Selasa)  Jam 12.00 Tengah hari


 

Syarat Khas Bil 1 

Petender diwajibkan menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak sebelum mengemukakan apa-apa tawaran. Hanya Pemilik Syarikat atau Penama yang tercatat dalam Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan dan berstatus warganegara Malaysia sahaja dibenarkan hadir. Sila bawa bersama salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan berserta salinan kod bidang yang berkaitan dan Cop Syarikat semasa menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

 

1. Tarikh : 11 September 2019 (Rabu) 

Masa : 8.00 pagi 

Tempat : Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, 88846 Kota Kinabalu, Sabah.

 

Urusan pembelian dokumen tender hanya boleh dibuat selepas dua (2) hari petender menghadiri taklimat dan lawatan tapak.

 

 

 

Dokumen Tender boleh diperolehi di Bahagian Perolehan Kaunter Kementerian Pertahanan, Aras 1, Bangunan TH-Selborn Lot 153, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur. Petender dikehendaki membawa bersama salinan SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN BERSAMA KOD BIDANG (LAMPIRAN A) dan salinan SIJIL LAWATAN TAPAK untuk tujuan pengesahan. Pembayaran hendaklah dibuat dalam Wang Pos/ Kiriman Wang (Money Order)/ Bank Draf Berpalang atas nama 'Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan'. 

 

 

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan No. Tender beserta Butir Tawaran dan dimasukkan ke dalam peti Tender yang ditetapkan di Aras 1, Menara TH-SELBORN, Lot 153, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, tarikh tutup tender. Sekiranya tarikh tutup tender jatuh pada Hari Kelepasan Am maka tender akan ditutup pada hari keesokannya jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. 

 

Waktu penjualan dokumen tender melalui kaunter adalah seperti berikut:


HARI/

MASA BERURUSAN

 


Isnin hingga Khamis 

8.30 pagi - 12.30 tengah hari 

2.00 petang - 3.30 petang

 


Jumaat 

8.30 pagi - 12.00 tengah hari 

2.45 petang - 3.30 petang


PENGUMUMAN 

Maklumat mengenai pengiklanan tender, jadual harga dan status perolehan akan dinyatakan dalam PORTAL

Kementerian Pertahanan http://etender.mod.gov.my

 

"Sebarang bentuk suapan, pemberian atau apa-apa dorongan yang bertentangan dengan Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah 2009 akan menyebabkan permohonan ditolak serta-merta.".