Asklegal

Tender | Renovation

Bank Simpanan Nasional - Renovation & Building Upgrades


Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam gred pendaftaran yang berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran di bawah dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:

 

 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

CADANGAN KERJA-KERJA UBAH SUAI DAN NAIK TARAF BANGUNAN DI BLOK A PUSAT PEMBELAJARAN BSN (PPBSN) BANGI, SELANGOR UNTUK BANK SIMPANAN NASIONAL


 

HARGA DOKUMEN

RM3,000.00 (Tidak akan dikembalikan)

 


TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL

Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Mulai Selasa, 10 September 2019 (Urusan dalam waktu pejabat)


 

SYARAT PENDAFTARAN

Berdaftar dengan LPIPM (CIDB) 

Gred: G6 

Kod Bidang: B07, B28. (Nota: Hanya kontraktor yang berpengalaman dalam skop kerja berkenaan dibenarkan menyertai tender)

 


TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT

Rabu, 11 September 2019 [ Jam 10.30 Pagi Bilik Mawar, Blok A Pusat Pembelajaran BSN (PPBSN) Bangi, Selangor Kehadiran adalah DIWAJIBKAN


 

TARIKH TENDER DITUTUP

Selasa, 01 Oktober 2019 pada jam 12.00 tengah hari Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan

 

 

Naskhah Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 10 September 2019. Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank di atas nama Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional atau bayaran secara tunai (bayaran ini tidak akan dikembalikan). Syarikat dikehendaki membawa Sijil Asal Pendaftaran Kementerian. Kewangan Malaysia dan CIDB berserta satu salinan bagi sijil tersebut semasa membeli Dokumen Tender. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan dimasukkan ke dalam peti Tender di alamat:

 

Peti Tender (B) 

Bahagian Perolehan, 

Tingkat 14, Wisma BSN,

117, Jalan Ampang, 50450 KUALA LUMPUR.