Asklegal

Tender | Renovation

Agrobank - Recommendation Of Office Renovation


1. Tawaran untuk membida ini adalah dipelawa kepada kontraktor - kontraktor yang berdaftar pada masa kini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih sah tempohnya untuk memasuki tawaran bagi projek seperti berikut:-


 

NO.RUJ TENDER

Tender  PS/2019/073


TAJUK TENDER

CADANGAN UBAHSUAI PEJABAT TINGKAT 2, BANGUNAN IBU PEJABAT AGROBANK, KUALA LUMPUR


KOD BIDANG PENDAFTARAN/ SYARAT KELAYAKAN

 

CIDB Gred:G4/G5

 

Kod Bidang: B*(B07, B08, B10, B13, B28)

 

CE*(C20)

 

ME*(M01, MO2)

 

1. Mempunyai Modal Berbayar (Paid Up Capital) sekurang - kurangnya RM200,000.00

2. Syarikat beroperasi lebih 5 tahun dan mempunyai pengalaman sekurang - kurangnya 2 tahun ubahsuai bank atau lebih dalam kerja berkaitan


 

TEMPOH PENJUALAN

 

6 September 2019 (Jumaat) Hingga 11 September 2019 (Rabu) **sebelum 9.30 pagi

 

Masa: .Hari Bekerja (9.00 pagi - 3.00 petang)


TARIKH / TEMPAT LAWATAN TAPAK (WAJIB)

 

 11 September 2019  (Rabu) 

 

Masa:  10.30 pagi

 

Lokasi: Tingkat 2, Bangunan Ibu Pejabat Agrobank Jalan Leboh Pasar Besar, 50726 Kuala Lumpur.


TARIKH TUTUP

 

27 September 2019 (Jumaat) 

 

Masa : 12.00 tengah hari


 

2. Kontraktor perlu mengemukakan Sijil Asal Akuan Pendaftaran Syarikat berserta Sijil Asal CIDB yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil Dokumen Tender. Salinan fotostat lesen tidak akan dilayan. Pihak kontraktor perlu membeli dokumen tender sebelum menghadiri lawatan tapak.

 

3. Dokumen Tender boleh didapati di Procurement & Asset Management Department Tingkat 18, Bangunan Ibu

Pejabat Agrobank, 50726 Kuala Lumpur pada Hari Bekerja, 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Bagi setiap dokumen dikenakan bayaran RM500.00 secara tunai atau draf bank dari bank-bank yang beroperasi di Malaysia dalam Ringgit Malaysia dan dibayar atas nama BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (bayaran tidak akan dipulangkan semula) di Unit Pembayaran Tingkat 9, Bangunan Ibu Pejabat Agrobank, Leboh Pasar Besar, 50726 Kuala Lumpur.

 

4. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (berpelekat) dan ditulis TENDER - CADANGAN UBAHSUAI PEJABAT TINGKAT 2, BANGUNAN IBU PEJABAT AGROBANK, KUALA LUMPUR dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender bertanda yang disediakan di lokasi berikut: 

 

BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (AGROBANK)

Tingkat Bawah, Leboh Pasar Besar, 50726 Kuala Lumpur 

 

 

5. Pihak Bank TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana mana Dokumen Tender yang dikemukakan melalui pos. Pihak Bank tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling tinggi atau mana-mana tawaran dan pihak bank tidak bertanggungjawab terhadap tawaran yang ditolak. Sebarang keputusan adalah muktamad dan tiada penjelasan akan diberikan terhadap sebarang keputusan yang telah dibuat