Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Jabatan Kerja Raya - Data Centre Upgrade Works


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-


Pejabat yang Memanggil Tender

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya


Tajuk Projek

 

Kerja-Kerja Menaiktaraf Bilik Pusat Data Di Bangunan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Lot 4G1, Presint 4, Putrajaya (WANG KOS PRIMA)


 

Taraf / Jenis Syarikat"

BUMIPUTERA/T1 -


 

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas. Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas. Kepala & Sub kepala

 

Gred G4, Kategori ME (Mekanikal & Elektrikal) & Pengkhususan M01 (Sistem Hawa Dingin dan Pengedaran Udara)

 

Atau

 

PUKONSA Class C Head III Sub-head 1a 

 

atau

 

UPKJ Class C Head V Sub-head 3


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

Bahagian Kewangan & Akaun, Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur.

 

Tarikh Dokumen Dijual:

 

13 September 2019 (Jumaat) Hingga 27 September 2019 (Jumaat) 

 


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM 90.00, Akauntan Negara Malaysia -KKR-T


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

 

Bahagian Kewangan & Akaun, Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur.

 

04 Oktober 2019 (Jumaat)

 

Jam 12.00 Tengah hari


Taklimat tender dan Lawatan Tapak adalah DWAJIBKAN. Berkumpul di Bilik Taklimat Tender JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, Aras 1 Blok C7, Kompleks C,Putrajaya pada 12 September 2019 (Khamis) jam 10.00 pagi.

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/ kiriman wang/ wang pos di atas nama Akauntan Negara Malaysia - KKR-T. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/ sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Usahawan (BPKU) (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UKPJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan): 

 

* Jenis Syarikat Tempatan: 

T1 – Syarikat 100% milik tempatan.

A1 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara,