Asklegal

Tender | Services

Permodalan Nasional Berhad - Natural Gas Services 


'CADANGAN PEMBANGUNAN YANG MELIBATKAN: - 

1. CADANGAN MEROBOH BANGUNAN PODIUM SEDIA ADA DAN MEMBINA BANGUNAN HOTEL 50 TINGKAT BERSERTA 6 TINGKAT BESMEN YANG MENGANDUNGI TEMPAT LETAK KERETA DAN SERVIS MEKANIKALI ELEKTRIKAL DAN 1 BLOK PODIUM 5 TINGKAT YANG MENGANDUNGI TEMPAT LETAK KERETA, PENCAWANG ELEKTRIK UTAMA TNB DAN KEMUDAHAN HOTEL YANG AKAN DISAMBUNGKAN DENGAN BANGUNAN PEJABAT SEDIA ADA. 

 

2. MENAIK TARAF BANGUNAN PEJABAT (BANGUNAN MAS) 35 TINGKAT YANG SEDIA ADA, DI ATAS LOT 1194, JALAN SULTAN ISMAIL, SEKSYEN 57, BANDAR KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN.'

 

1. PNB mempelawa kontraktor yang berpengalaman dan berkelayakan untuk menyertai tender sebagai Sub Kontraktor Dinamakan ("NSC") bagi kerja dinyatakan di bawah dan memenuhi kriteria-kriteria berikut:


KRITERIA 

 

i) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan CIDB dalam bidang berkaitan seperti dinyatakan di bawah. 

 

ii) Jika petender adalah sebuah syarikat usahasamal joint venture', syarikat itu mestilah syarikat usahasama yang diperbadankan sebelum tarikh serahan Dokumen Tender. 

 

iii) Minimum 5 tahun penubuhan dan pengalaman dalam bidang berkaitan.

 

iv) Mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh dan kemudahan kredit mencukupi untuk melaksanakan projek ini.


2. Skop-skop kerja untuk NSC adalah seperti berikut:


BIDANG KERJA TENDER

ii) Natural gas Services 


KOD BIDANG KERJA CIDB)

G5 B20 


FI  DOKUMEN  (RM)

1,000


TAKLIMAT TENDER 

3:00 Petang hari 11 September 2019


KUTIPAN DOKUMEN TENDER

18 September 2019


WANG KESUNGGUHAN (RM)

1,500


MASA DAN TARIKH TUTUP TENDER

Sebelum 3:00 petang 9 Oktober 2019


 

 

 3. PENDAFTARAN HASRAT

Petender berkelayakan yang berminat hendaklah mendaftar untuk pembelian Dokumen Tender dengan harga dokumentasi seperti tertera di atas dalam bentuk Deraf Bank, Wang Pos atau Kiriman wang atas nama Permodalan Nasional Berhad. Wang ini tidak akan dikembalikan. Pendaftaran hasrat boleh dibuat di Jabatan Perolehan PNB, Tingkat 30, Menara PNB, 201-A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur mulai 6-12 September 2019

(hari bekerja sahaja) dari 9:00 pagi - 12:30 tengah hari dan 2:30 petang - 4:30 petang. 

 

4. TAKLIMAT TENDER DAN KUTIPAN DOKUMEN TENDER

Taklimat tender akan dijalankan di tapak bina, Lot 1194, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan diikuti dengan lawatan tapak. Kehadiran adalah wajib. Memandangkan terdapat kekangan kawasan di tapak bina, setiap petender hanya dibenarkan membawa maksima 3 orang wakil sahaja dengan membawa peralatan perlindungan peribadi sendiri, Dokumen Tender boleh diambil pada tarikh dinyatakan di atas di Jabatan Perolehan PNB, Tingkat 30, Menara PNB, 201-A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur dari 9:00 pagi - 12:30 tengah hari dan 2:30 petang - 4:30 petang

(hari bekerja sahaja): 

 

 

5. PENYERAHAN DOKUMEN DAN TARIKH TUTUP 

Dokumen Tender yang telah disempumakan dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/ bermetri. Tajuk projek dan tajuk bidang kerja tender hendaklah ditulis di atas sebelah kiri sampul dan diserahkan ke Peti Tender 2, Jabatan Perolehan PNB, Tingkat 30, Menara PNB, 201-A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, pada atau sebelum tempoh masa yang ditetapkan seperti di dalam jadual di atas. Wang kesungguhan hendaklah dikemukakan bersama Dokumen Tender dalam bentuk Deraf Bank, Wang Pos atau Kiriman wang atas nama Permodalan Nasional Berhad. 

 

6. PNB berhak untuk menolak atau menerima sebarang permohonan dan membatalkan proses tender ini serta menolak semua permohonan tanpa ada sebarang liabiliti atau tanggungjawab untuk memaklumkan tindakan yang sedemikian kepada para kontraktor terlibat. Hanya petender yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. 

 

7. PNB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan yang ditanggung oleh petender ketika menyediakan dan menyempurnakan Dokumen Tender ini.